Sunday, July 10, 2011

Sembahlah Allah Seolah Kamu Melihatnya

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal dunia dan jagalah dirimu daripada orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doanya itu diperkenankan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).

Dalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi s.a.w. dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan. “Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Sembahyang yang paling tinggi makamnya ialah sembahyang seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu berbuat demikian, sembahyanglah sepertimana Allah melihat kita. Tumpukan sepenuh perhatian, hadir hati. Selain itu berpusing kepala dalam sembahyang adalah makruh (selagi dada tidak lari dari kiblat). Dalam hadis lain dikatakan, Allah bertanya kepada orang yang berpusing dalam sembahyang, apa yang kamu lihat yang lebih cantik dari aku? Seboleh-bolehnya jangan berpaling kerana ia makruh dan menjejaskan perhatian kita kepada Allah.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment