Sunday, July 10, 2011

Allah Berkuasa Menghalang Kehendak Hati

…..dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. ( سورة الأنفال , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #24)

Walaupun hati manusia adalah raja kepada anggotanya, namun Allah tetap berkuasa menghalang kehendak hatinya. Bukan semua kehendak hati manusia boleh dilaksanakan oleh anggotanya melainkan dengan izin Allah.

Bahkan hati kita juga tidak dapat mengingati Allah kecuali dengan kehendaknya.

Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (Al-Muddaththir:55)

Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat). (Al-Muddaththir:56)

Selain itu kita juga tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang kita kasihi, kita hanya dsuruh berdakwah dan berdoa agar mereka diberi hidayah.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). ( Al-Qasas, Chapter #28, Verse #56)

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment