Friday, July 22, 2011

Nabi Muhammad s.a.w.

Kaum Quraisy mengatakan Nabi Muhammad saw menulis Al-Quran pada waktu malam dan membacanya di siang hari, padahal Baginda tidak pernah belajar membaca dan menulis.

Al-Ankaboot [48] Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

Walaupun Nabi Muhammad ummi (buta huruf) tetapi beliau seorang “intelek”.Salah satu sifat Nabi ialah cerdik (Fatonah). Ramai orang-orang dahulu yang cerdik pandai walaupun tidak sekolah tinggi, masuk universiti.

Nabi Muhammad juga dikenali dengan nama Ahmad. 2 nama ini iaitu Muhammad dan Ahmad ialah nama Baginda yang masyhur di dunia. Manakala di langit iaitu dikalangan Malaikat Baginda juga dikenali dengan nama-nama lain seperti Basir, Nazir, Yasin, To-Ha (juga dikenali dengan nama sifat).

As-Saff [6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata!

Nabi Muhammad s.a.w berdakwah untuk sekelian alam sepertimana Allah juga tuhan sekelian alam.

Fatihah [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Anbiya [107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Baginda dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun, selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment