Wednesday, July 13, 2011

Azab Bagi Munafik

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Baqarah: 10)

Munafik berasal dari perkataan “nafaqa” yang bermaksud “terbelah dua” iaitu tidak solid dan tidak jujur dengan Islam.

Petak neraka Jahanam yang paling bawah dan panas disediakan untuk Yahudi, petak kedua untuk Firaun, seterusnya pemerintah yang zalim, peniaga yang menipu. Manakala Munafik pula ditempatkan di dasar neraka.

An-Nisaa [145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat. (Mukminun: 104).

Mereka merayu agar dikeluarkan dari neraka, namun dijawab oleh Allah “duduklah kamu terperap di situ”

Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. (Mukminun:107)

(Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu! (Mukminun:108)

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment