Monday, July 18, 2011

Kiamat Telah Hampir

Masa berlakunya hari qiamat tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan tepat melainkan Allah, tetapi Rasulullah s.a.w telah menerangkan secara umum bahawa masa berlakunya qiamat itu telah hampir. Baginda bersabda: “(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini,” lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya – jari telunjuk dan jari tengah,

Baginda membuat bandingan tentang kehampirannya itu seperti hampirnya jari telunjuk dengan jari tengah,antara dua jari itu tidak ada diselangi oleh jari lain, maka begitulah masa Baginda diutus dengan masa berlakunya qiamat, tidak ada Rasul yang membawa wahyu yang lain yang menyelanginya atau bezanya masa berlaku qiamat dengan masa Rasulullah s.a.w diutus adalah seperti bezanya panjangnya jari tengah dari jari telunjuk.

Malaikat Israfil sudah bersedia untuk meniup sangkakala, hanya menunggu arahan sahaja. Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata:

Rasullullah s.a.w. bersabda: “Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan.” Saya bertanya: “Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?” Jawab Rasullullah s.a.w.: “Bagaikan tanduk dari cahaya.”

Akhir zaman, orang membaca quran seperti mengalunkan lagu:-

Al-Quran dibaca dengan lisan dan irama orang Arab, hati-hatilah kalian terhadap lisan orang-orang yang merayu, dan lisan ahli dua kitab (Taurat dan Injil). Kerana sesungguhnya akan datang suatu kaum, mereka membaca Al-Quran seperti orang mengalunkan lagu dan jeritan; padahal Al-Quran tidak meresap ke dalam hati mereka, hati mereka telah dirasuki oleh fitnah, dan demikian pula keadaan orang-orang yang mengagumi mereka. (Riwayat Huzaifah).

Dalam hadith disebut, alamat kiamat ialah ramai anak menderhakai ibu bapa, sedangkan dia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.”

Akan bertambah banyak penyanyi wanita..Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” * Ibnu Majah*

Selain itu tanda kiamat juga ialah apabila suami taat kepada isteri dan ramai wanita keluar rumah.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment