Friday, July 1, 2011

Berilah Hak Mata

Abu Said al-Khudri r.a. menyampaikan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Berilah hak matamu di bidang ibadat!” Sahabat bertanya: “Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya.”

Gunalah mata dengan sebaiknya dalam beribadat. Ada 3 perkara yang “tengok sahaja pun dah dapat pahala“: 1. Tengok (melihat atau memandang) Kaabah (Baitullah). 2. Tengok (melihat atau memandang) wajah ibubapa. Apalagi kalau buat baik kepada mereka. 3. Tengok (melihat atau memandang) ayat-ayat Quran yang mulia. Apalagi kalau dibaca dan diamalkan. Selain

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada orang yang berhaji ke rumah Allah yang suci: 60 rahmat untuk yang bertawaf, 40 untuk yang sembahyang, dan 20 rahmat untuk yang memandangnya (Kaabah) (hadits hasan riwayat Baihaqi).

Selain itu berilah hak kepada mata untuk berehat dengan tidur yang secukupnya. Dalam sebuah kisah, Rasulullah pernah menegur tiga orang sahabat yang melakukan ibadat. Pemuda pertama mahu terus bersembahyang sepanjang malam di masjid tidak mahu tidur, seorang lagi ingin terus berpuasa tanpa henti dan seorang lagi tidak mahu berkahwin.

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Demi Allah, sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah dan aku lebih taqwa, tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka dan aku juga berkahwin dan memiliki keluarga. Ini adalah sunnahku dan sesiapa yang tidak mengikut sunnahku dia bukan dari kalanganku”


Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment