Sunday, July 10, 2011

Iman Yang Afdal

Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud; “Iman yang paling afdal ialah apabila kamu mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu di mana kamu berada” (Riwayat Ath Thabrani).

Iman yang paling tinggi maqam atau kedudukannya ialah iman seseorang yang sedar bahawa Allah sentiasa bersama-sama dengannya walau di mana dia berada. Untuk mencapai kedudukan ini, seseorang perlu menjalani tarbiyah atau latihan misalnya melalui latihan zikir agar mereka sentiasa ingatkan Allah walau di mana sahaja dia berada.

Kita tidak dapat mengingati Allah kecuali dengan kehendaknya.

Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (Al-Mudassir:55) Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat). (Al-Mudassir: 56)

Kita juga perlukan latihan ini supaya sentiasa takutkan Allah. Di dalam Syurga, ahli syurga bercakap sesama mereka ” Masa di dunia dulu kami sangat takutkan Allah, rupa-rupanya Allah itu sangat pengasih”. Takut itulah yang membawa mereka ke syurga.

At-Tur [25] Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.At-Tur [26] Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami, selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),

Tiada tempat yang Allah tidak ada bersama-sama kita.

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas Arasy; dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Hadid, Chapter #57, Verse #4)

Allah juga sangat dekat dengan manusia, cuma mereka tidak mengetahui. Allah lebih dekat dari urat leher dan nyawa manusia. Allah ada di antara anggota manusia dan hatinya.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaf, Chapter #50, Verse #16)

Al-Hadid, Chapter #57, Verse #4)

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; (Waqiah: 83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. (Waqiah:84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, (Waqiah: 85)

…..dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (Al-Anfal, Chapter #8, Verse #24)

Manusia akan dihidupkan kembali atas iman yang dia dimatikan. Allah akan memantapkan iman seseorang sebagaimana iman orang itu di dunia:

Ibrahim [27] Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment