Wednesday, October 20, 2010

Tazkirah - Sifat Para Nabi dan Rasul

Sifat yang wajib bagi para nabi dan rasul ialah benar, menyampaikan, amanah dan bijaksana. Sifat yang mustahil bagi mereka pula ialah bohong, menyembunyikan, khianat dan bodoh.

Sifat yang harus bagi para nabi dan rasul ialah seperti sifat-sifat yang biasa terdapat atau berlaku ke atas manusia iaitu lapar, dahaga, makan, minum, tidur, berkahwin, lupa dan sebagainya.

Al-Kahfi [110] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu

Rasulullah s.a.w. juga pernah lupa dalam bacaan quran semasa dalam sembahyangnya.

Rasulullah s.a.w. juga makan, tetapi Baginda banyak berlapar. Dikatakan Baginda tidak pernah makan roti 2 hari berturut-turut.

Ilmu merupakan warisan para nabi dan mereka tidak mewariskan dirham dan tidak pula dinar, tetapi yang mereka wariskan adalah ilmu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka siapa yang mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi , Ahmad )

Rasulullah s.a.w. berdoa meminta mati dalam kemiskinan, namun tidak melarang meninggalkan umatnya harta kepada anak-anak (asalkan tidak melupakan harta akhirat untuk dibawa pulang) kerana dibimbangi mereka pula akan meminta-minta dari orang lain.


0 comments:

Post a Comment