Monday, October 25, 2010

Soal Jawab Tentang Nyanyian dan Muzik

Soalan:

Ada yang berhujah nabi membenarkan muzik menggunakan hadith shahih dalam riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Abu Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi saw., ketika itu ada dua hamba wanita di sisi Aisyah yang sedang menyanyi, lalu Abu Bakar mengherdiknya serta berkata: “Apakah ada seruling syaitan di rumah Rasulullah?” Kemudian Rasulullah saw. menjawab: “Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya.”

Jawapan:

Sebenarnya pada masa itu hukum-hakam Islam masih belum mantap. Semasa Nabi berada di Mekah, fokusnya ialah kepada akidah. Hukum-hakam dimantapkan hanya setelah nabi berhirah ke Madinah. Ia dibenarkan sebelum turunnya larangan berkenaan muzik.

Pada masa itu Abu Bakar r.a. marah dengan paluan kompang (katanya: Apakah ada seruling syaitan di rumah Rasulullah?). Marahnya itu bukanlah kerana ada larangan tetapi hanyalah kerana sifat waraknya. Lagipun paluan dan muzik adalah dua perkara berbeza kerana paluan tidak berirama.

Suara nyanyian perempuan hanya dibenarkan sesama perempuan (Aisyah dan 2 hamba wanita ). Tambahan pula penyanyi itu hanyalah hamba-hamba ambdi dan suara hamba bukanlah aurat, walaupun kepada lelaki (Rasulullah). Lirik yang dinyanyikan pula hanya ucapan selamat datang..

Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengawinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh kerana itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamu” (Riwayat Ibnu Majah)

Nyanyian yang dibenarkan dalam Islam adalah nyanyian tanpa muzik dan liriknya memuji Allah, Nabi, syurga dan apa sahaja yang baik sepertimana dalam percakapan. Dalam hadith di atas liriknya adalah termasuk dalam perkara yang baik.Dalam hadith ada disebut “nyanyian itu jampi ke arah zina“. Terutamanya nyanyian oleh penyanyi perempuan kerana suara mereka mampu menarik lelaki kepada mereka dan merangsang nafsu lelaki.

Jika muzik itu halal, mengapa nabi diutus untuk menghancurkan alat muzik: Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW… Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.

Dalam hadith yang lain lebih kurang maksudnya ” boleh bercita-cita untuk mati sekiranya kita melihat akhlak atau maruah Islam dihina, orang membaca Al-Quran seperti irama muzik. (samada diiringi alat muzik ataupun dibaca secara berirama seperti irama muzik). Dalam satu hadis lagi disebut tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia makan hasil dari lidahnya (nyanyian).

Soalan:
Ada ustaz mengatakan bahawa muzik adalah harus dan kita tidak boleh mengelakkannya kerana ia ada di mana-mana misalnya di pasar raya dan sebagainya?

Jawapan:
Orang Islam yang terpaksa menghadiri sesuatu majlis yang terdapat muzik kerana pekerjaannya tidak dikira berdosa sekiranya ia tidak redha dengan maksiat yang berlaku. Tetapi sebaliknya jika dia redha, ia akan mendapat dosa walaupun dia tidak berada di situ dan dia hanya menontonnya di televisyen.

Kesemua 4 mazhab mengatakan muzik adalah tidak baik dan haram. Imam Syafie mengharamkan 6 jenis alat muzik. Ke empat-empat mazhab sepakat muzik haram hukumnya. Cuma ilmuan dan cendekiawan islam sekarang yang mengharuskannya. Pendapat yang mengharuskan muzik ini adalah bertentangan dengan pendapat mazhab. Mengikut kitab Resmul Mufti ,sesuatu fatwa yang dikeluarkan adalah tidak terpakai sekiranya ia bertentangan dengan pendapat mazhab, terutamanya bila semua mazhab sebulat suara mengeluarkan pendapat yang sama.


0 comments:

Post a Comment