Rasulullah s.a.w. bersabda “Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan maka dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila dia tertimpa musibah maka dia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya“. (Riwayat Ahmad)
Mukmin ialah orang Islam yang patuh kepada Allah dan sentiasa mengambil kira dosa dan pahala dalam setiap urusannya, jika melakukan kesalahan dia akan cepat memohon keampunan.
Mukmin juga bersabar dalam apa jua urusannya.Bersabarlah dari melakukan kemaksiatan, sabarlah atas kemiskinan, sabarlah dalam melakukan ketaatan, sabarlah dalam penganiayaan, sabarlah dari kejian orang-orang kafir.
Az-Zumar [10] …Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira
Rasulullah s.a.w. bersabda ” Pertolongan Allah datang dengan bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)
Pertolongan akan diberi oleh Allah mengikut tahap kesabaran kita. Kalau kita bertindak dan tidak bersabar, maka tiadalah pertolongan Allah.
0 comments:
Post a Comment