Monday, October 25, 2010

Allah di atas Arasy, fikir ciptaan Allah bukan zatnya

Arasy ialah satu planet yang besar.

Al-Mukminun [86] Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar

Perbandingan antara kursi dan arasy Allah ialah kursi itu ibarat tunggul kayu, manakala arasy itu ibarat padang yang luas. Kursi Allah seluas langit dan bumi.

Al-Baqarah [255]…….Luasnya kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi

Allah tidak menanggung atau memikul arasy, malaikat yang memikulnya (Kitab Sirus Salikin).

Al-Haqqa [17] Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal

Allah berada di atas arasy bermaksud pangkat atau darjat ketinggiannya melebihi arasy.

Taha [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Sabda Rasulullah SAW: “Arasy berada di atas, dan Allah berada di atas arasy. Allah mengetahui keadaan kamu.”

Arasy adalah umpama singgahsana Allah, bukan bermakna Allah duduk di situ tapi singgahsana bagi “Raja kepada segala Raja” (”Malikal Mulk”, Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Ali Imran 26)

Janganlah difikirkan bagaimana Allah bersemayam di atas arasy. Soal bagaimana Allah bersemayam tidak perlu ditanya. Walaupun ada yang membahaskannya, ada yang mengatakan semayam itu duduk atau bersila, ada yang mengatakan bersemayam bermaksud Arasy yang dikuasai Allah. Sekiranya bersemayam itu bermakna duduk, ini bermakna Allah itu berjisim kerana hanya benda yang berjisim sahaja boleh duduk.

Dari Ibn Abbas ra, dari Nabi saw sabdanya: “Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah…” Dari Abu Dzar ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan).” (HR Abu Syeikh)’

Arasy terletak di atas syurga Firdaus, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada sahabat Abu Hurairah yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim: “Apabila engkau memohon kepada Allah, maka mohonlah kepadanya Syurga Firdaus. Sesungguhnya ia (adalah) Syurga yang paling utama dan paling tinggi. Di atasnya terdapat ‘Arasy Allah yang Maha Pengasih…”

Arasy akan bergegar atau bergoyang bila Allah murka dengan maksiat yang berlaku seperti isteri meminta cerai dari suaminya atau suami meliwat isterinya, . Para Malaikat akan membaca surah Al-Ikhlas apabila arasy bergoyang sehinggalah ia kembali tenang. Bacalah surah Al-Ikhlas 10 kali selepas Subuh dan ia boleh menahan kita dari melakukan dosa yang akan dilakukan pada hari itu. Jadikanlah ia amalan yang berkekalan, walaupun sedikit kerana Allah suka amalan baik yang berterusan.


1 comments:

ramlijr2014 said...

alhamdulillah...maklumat baik

Post a Comment