Monday, October 25, 2010

Hak individu

Dalam hadith disebut “dan padamkan pelita (lampu) ketika hendak tidur”. Semasa menjadi pemerintah, Sayyidina Umar Al-Khattab selalu berjalan pada waktu malam untuk melihat keadaan rakyatnya, apakah mereka sudah tidur. Jika ada yang belum tidur kerana lapar, beliau sendiri akan menghantar makanan kepada mereka.

Satu malam beliau melihat sebuah rumah yang masih memasang lampu dan di dalamnya ada yang meminum arak. Sayyidina Umar masuk ke dalam setelah mengintai apa yang berlaku di dalamnya. Apabila Sayyidina Umar masuk, ingin menangkap mereka, mereka menegur Sayyidina Umar pula dengan mengatakan “Wahai Amirul Mukminin, kami cuma melakukan satu kesalahan dan kami buat salah dalam rumah kami sendiri. Amirul Mukminin pula melakukan dua kesalahan, pertama kesalahan mengintip dan kedua, kesalahan masuk rumah kami tanpa izin. Dalam hadith ada disebut “menjenguk ke dalam rumah orang lain telah dikira masuk ke dalam”

Inilah hak individu yang diasaskan oleh islam. Namun ia bukanlah alasan untuk melakukan kejahatan. Kita boleh campurtangan sekiranya kejahatan dilakukan di tempat terbuka, misalnya bermain muzik di tepi jalan. Ada juga anak muda yang bermain gitar di tepi jalan, apabila ditegur mereka berkata “ini hak individu” sedangkan ia dilakukan di tempat awam. Jika hendak main gitar pun, mainlah di rumah supaya bunyinya tidak masuk ke dalam telinga orang lain yang tidak mahu mendengarnya.

0 comments:

Post a Comment