Sekiranya perempuan itu telah berkahwin, hendaklah dia meminta izin dari suaminya dan hendaklah dia menutup auratnya.
Tutup aurat itu terdiri dari dua perkara iaitu menutup kulit badan dan menutup bentuk badan (susuk badan). Pakai baju yang longgar-longgar supaya tidak nampak bentuk badan. Ini kerana pakaian yang ketat boleh menarik perhatian orang. Selain itu pakaian yang jarang menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Harus bagi perempuan keluar bekerja sekiranya suaminya kurang bertanggungjawab atau malas bekerja.
Disamping itu hendaklah perempuan yang keluar bekerja itu menjaga lenggang-lenggok perjalanannya agar tidak menghairahkan kaum lelaki yang lemah imannya dan nafsunya cepat “hidup” (terangsang):
An-Nur [31]…..dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka ….
Soalan
SALAM
tidakkah ust melihat bahawasanya dgn menggalakkan perempuan bekerja mendatangkan byk keburukan dari kebaikan..
bolehkah ustaz terangkan bagaimana perempuan boleh bekerja dalam situasi zaman sekarang
zaman Rasulullah, Nabi pernah melarang seorg sahabat utk pergi berjihad supaya menemani isterinya sebagai mahram utk mengerjakan Haji, bagaimana pula perempuan zaman sekarang dibolehkan utk pergi bkerja sedangkan keluar rumah tanpa mahram dan berhubungan dgn lelaki ajnabi
saya pernah mendengar seorg ustaz berceramah dan mengatakan nabi pernah bersabda lebih kurang maksudnya bahawasanya perempuan adalah aurat..apabila mereka keluar dr rumah maka syaitan akan mengoda mereka sehingga berlaku maksiat
boleh minta ustaz komen sedikit
Jawapan
Salam, bagi pihak ustaz..
Dalam satu hadith disebut, “Syaitan menunggu-nunggu bila perempuan hendak keluar dari rumahnya”. Apabila perempuan berjalan keluar, dua syaitan meng”eksploitasi”nya, satu syaitan menghiasi depan dan satu lagi menghiasi belakangnya. Syaitan mengguna-pakai perempuan untuk mempesona para lelaki di luar rumahnya.
Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” (At-Tirmizi).
Ustaz tidaklah menggalakkan perempuan bekerja, cuma mengingatkan supaya perempuan yg keluar bekerja menutup aurat dan menjaga pergaulan di tempat kerja.
Memanglah sebaiknya mereka tinggal di rumah untuk mengelakkan keburukan. Namun zaman sekarang perkara ini sudah menjadi satu kebiasaan.
Perempuan boleh bekerja sekiranya suami mereka tidak bertanggungjawab dan tidak memberi nafkah. Suami hanya perlu keluar bekerja untuk mencari nafkah dan bukannya mencari kekayaan.
Selain itu, misalnya mereka mempunyai kelulusan dalam bidang pekerjaan yang memerlukan sumbangan mereka misalnya jururawat, guru, doktor pakar sakit puan. Namun syaratnya mereka hendaklah menjaga aurat dan batas-batas pergaulan dengan bukan mahram dan lelaki ajnabi. Bercakaplah perkara-perkara yang perlu sahaja.
0 comments:
Post a Comment