Qiamat berlaku disaat amanah disia-siakan.
Rasulullah s.a.w bersabda “Apabila suatu perkara diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran (Riwayat Bukhari)
Dari Khuzaifah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya:
Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga dunia dikuasai oleh Luka’ bin Luka‘ (orang yang tidak tahu asal-keturunannya, yang buruk akhlaknya dan yang bodoh bebal) Riwayat Tirmizi dan Imam Ahmad
An-Nisaa [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Tidak beriman penuh orang yang tidak amanah. Kerja juga satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki. Nabi Muhammad digelar Al-Amin kerana amanah.
Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda “Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada Amir (raja ata pemimpin), maka dia menjadikan untuknya seorang penasihat yang baik, apabila dia lupa, penasihatnya akan mengingatkan dan bilamana dia ingat, penasihat membantunya. Apabila Allah menghendaki sebaliknya, maka Dia menjadikan untuknya penasihat yang jahat, iaitu apabila dia lupa, penasihat tidak mengingatkannya dan apabila dia ingat, penasihat itu tidak membantunya.(Riwayat Imam Nasai)
Penasihat yang baik akan mengingatkan pemimpin akan janji-janjinya jikalau dia lupa dan akan membantu menunaikan janji itu.
Bolehkah melantik kroni?
Diceritakan Sayyidina Usman dibunuh kerana melantik kroni iaitu ahli keluarganya dalam kerajaan pemerintahannya. Orang ramai marah dengan tindakannya melantik kroni. Sebenarnya tidak salah melantik kroni sekiranya mereka layak, menjalankan tugas dengan betul, jujur, boleh menjadi penasihat yang baik dan dipercayai. Rasulullah saw juga melantik kroninya seperti Sayyidina Abu Bakar r.a. dan Sayyidina Umar r.a.. Semasa dibunuh, darahnya menitis di atas al-quran, beliau bertanya “Apakah aku telah melakukan salah satu dari 3 perkara yang menghalalkan darahku ditumpahkan? Ketiga-tiganya aku tidak terlibat”
Rasulullah SAW telah bersabda:“Tidak halal darah seorang muslim kecuali dengan sebab salah satu dari tiga perkara, iaitu: janda yang melakukan zina, pembunuh jiwa dengan dibalas bunuh, dan orang yang meninggalkan agama yang memisahkan diri dari jemaah(Islam).”(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
0 comments:
Post a Comment