Rasulullah s.a.w. menyuruh para suami agar berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri. Rasulullah SAW bersabda ““Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah kepada wanita (dengan kebaikan).” (Riwayat Syaikhain melalui Abu Hurairah)
Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk bahagian yang paling atas Nabi Adam a.s. Tulang rusuk yang paling atas adalah bahagian yang senang dipatahkan. Begitu jugalah perempuan, janganlah seorang suami terlalu cerewet dengan perkara yang remeh-temeh seperti lauk atau masakan isteri yang kurang masin. Asalkan seorang isteri itu patuh ajaran Islam, meminta izin apabila hendak keluar rumah dan tidak curang kepada suaminya, maka memadailah.
An-Nisaa [34]….jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka….
Setiap rumahtangga tidak lari dari perselisihan faham, walaupun rumahtangga seorang Nabi.
Kisah Rasulullah meninggalkan para isterinya selama sebulan
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah tidak pulang ke rumah isteri-isteri baginda selama sebulan kerana marah dan tidak berpuas hati dengan perangai para isterinya yang meminta nafkah tambahan (para isteri bukanlah nabi, adakalanya mereka melakukan kesilapan). Peristiwa ini diceritakan dalam Al-Quran;
Ahzab [28] Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.[29] dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.
Rasulullah s.a.w. tidur dan beriktikaf di masjid sahaja sehinggalah pada suatu hari Sayyidina Umar datang menemui Baginda. Seperti Sayyidina Abu Bakar r.a, Sayyidina Umar juga merupakan bapa mertua Rasulullah, kerana Rasulullah menikahi kedua-dua anak perempuan mereka, Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar.
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w menjauhi isteri-isteri baginda, aku masuk ke dalam masjid. Aku melihat orang ramai menghentak-hentakkan kaki ke tanah sambil berkata: Rasulullah s.a.w telah menceraikan isteri-isterinya. Itu terjadi sebelum isteri-isteri Nabi diperintah supaya memakai hijab.
Umar berkata: Aku yakin ada kejadian penting pada hari itu. Aku terus menemui Aisyah r.a dan bertanya: Wahai puteri Abu Bakar! Apakah perbuatan yang telah kamu lakukan sehingga menyakiti Rasulullah s.a.w? Aisyah r.a menjawab: Apa urusanmu denganku, wahai putera al-Khattab? Kamu nasihatilah sahaja puterimu sendiri.
Aku segera menemui Hafsah r.a dan aku berkata kepadanya: Wahai Hafsah! Apakah perbuatan yang telah kamu lakukan sehingga menyakiti Rasulullah s.a.w? Demi Allah, aku tahu bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak menyukaimu. Seandainya tidak ada aku, pasti Rasulullah s.a.w telah menceraikan kamu. Mendengar ucapan itu lalu Hafshah menangis tersedu-sedu. Aku bertanyakan kepadanya: Di mana Rasulullah s.a.w berada? Dia menjawab: Di tempat pengasingannya. Aku terus menuju ke sana.
Kemudian aku berkata kepada baginda: Adakah perlu aku memberitahu mereka bahawa sebenarnya kamu tidak menceraikan isteri-isteri kamu? Baginda bersabda: Baiklah, jika kamu mahu. Lalu aku berbicara dengan baginda tentang berbagai perkara, akhirnya aku lihat baginda benar-benar reda dari kemarahannya. Bahkan baginda sudah mampu tersenyum dan tertawa.
Sayyidina Umar yang datang berjumpa Nabi di masjid setelah mendengar berita itu telah mengeluarkan satu kata-kata yang bijak yang meredakan kemarahan Baginda:
“Semasa kita di Mekah dulu para isteri takut kepada para suami sepertimana zaman Jahiliyyah dulu, tetapi bila kita berpindah ke Madinah, isteri orang-orang Ansar tidak takut kepada suami, sampaikan isteri kita pun dah tidak takut lagi dengan kita”
Mendengar kata Sayyidina Umar r.a. itu terus Baginda pulang ke rumahnya.
Kemudian kami sama-sama turun dari kamar melalui tangga. Aku berhati-hati semasa menuruni tangga itu, tidak seperti Rasulullah yang kelihatan seperti berjalan di atas tanah dan tangannya tidak berpengang pada apa-apapun. Sebaik saja sampai di bawah. Aku berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungghnya kamu berada di dalam kamar itu selama dua puluh sembilan hari. Baginda bersabda: Sesungguhnya satu bulan itu memang ada dua puluh sembilan hari. Aku terus menuju ke masjid dan berdiri di pintunya dan dengan suara yang kuat aku melaungkan: Rasulullah s.a.w tidak menceraikan isteri-isteri baginda…
Setelah genap sebulan Rasulullah menjauhi isteri-isterinya, beliau kembali kepada mereka. Beliau melihat penyesalan tergambar dari wajah mereka. Mereka kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.
0 comments:
Post a Comment