Tuesday, April 5, 2011

Pertanyaan Allah Kepada Pembunuh Bayi

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (At-Takwir :8) Dengan dosa apakah dia dibunuh? (At-Takwir :9)

Di zaman jahiliyyah dahulu, masyarakat Arab menanam anak-anak perempuan mereka kerana malu mendapat anak-anak perempuan. Namun pada zaman ini, orang Islam sendiri, terutamanya di Malaysia menanam bayi mereka setelah terlanjur melakukan zina. Kebanyakan mereka melakukan perbuatan ini setelah terdedah dengan pelbagai bentuk gambar, filem, video lucah, pergaulan bebas dan kurangnya didikan agama.

Pembunuh-pembunuh bayi ini akan ditanya di akhirat nanti oleh Allah s.w.t, apakah dosa yang telah dilakukan oleh bayi itu sehingga menyebabkan mereka dibunuh. Tiap yang bernyawa akan mati, diberikan nyawa itu untuk diuji semasa di dunia dan mereka akan disoal di akhirat nanti sebelum dimasukkan ke dalam syurga atau dicampak ke dalam neraka.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment