Thursday, April 7, 2011

Balasan Orang Yang Menyahut SeruanNya

Ar-Rad [13] Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; ……

Dalam ayat yang lain:

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
(Al-Anfal,24)

Seruan Rasul juga adalah seruan Allah. Allah hantar Nabi dan Rasul dari kalangan manusia juga untuk berdakwah kepada manusia. Kafir Quraisy bertanya mengapa tidak diutuskan malaikat. Malaikat jisim halus, tidak boleh dilihat, disentuh. Kalau diutuskan malaikat bagaimana ia hendak berhubung dengan manusia. Lagipun Nabi dan Rasul adalah penduduk dunia, malaikat tidak.

balasan yang sebaik-baiknya.
Banyak kebaikan dan pahala diberikan kepada orang mengikut seruan Allah. Kebaikan yang sebaik-baiknya ialah Syurga. Syurga tidak boleh difikir oleh akal manusia.

Tiada yang lebih indah daripada syurga. Di dalamnya terdapat keseronokan yang mempersonakan. Bunyi-bunyian muzik yang mengasyikkan. Makanan yang lazat, minuman yang tidak dicemari toksik, bahkan tidak perlu membuang air, udara yang nyaman, cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, pemandangan yang menyihatkan mata, pakaian yang berkualiti, Di sana juga terdapat mahligai (istana) yang diperbuat daripada kaca, emas, perak. Semuanya tidak dapat difikirkan oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment