Salah satu daripada ciri orang yang bertakwa (takutkan Allah) ialah mereka beriman kepada perkara ghaib (yang terkandung dalam rukun iman):
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3)
Dari 6 rukun iman, 4 adalah perkara yang ghaib (Allah, Malaikat, Hari Kiamat, Qada’ dan Qadar) dan hanya 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kitab-kitab dan rasul (para sahabat boleh melihat Rasulullah).
Iman itu letaknya di hati. Kalimah syahadah bukan sekadar diucapkan pada lidah tetapi ia hendaklah diterima oleh hati manusia bahawa “Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya”.
Walaupun telah sembahyang dan mengucapkan kalimah syahadah di dalam sembahyang, namun ia belum bererti hati itu telah menerima Allah sebagai tuhan. Golongan munafik juga bersembahyang tetapi hati mereka tidak mengakui Allah sebagai tuhan.
Bapa saudara Nabi iaitu Abu Talib dan Abu Jahal tahu tentang kenabian Baginda, cuma mereka tidak menerima Al-Quran yang dibawa olehnya..
Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata). (Al-:Anam:33)
Syurga adalah hak milik dan diberikan kepada sesiapa yang mempunyai tiketnya iaitu kalimah Syahadah dan kalimah itu diterima oleh hati bahawa ““Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya”. Oleh itu teroponglah hati masing-masing kerana iman itu letaknya di hati. Hati itu adalah raja kepada seluruh anggota badan.
Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)
Thursday, April 21, 2011
Hadirlah Majlis Mengingati Allah
Sesungguhnya Allah memiliki sejumlah malaikat yang tugasnya hanya berkeliling di jalan-jalan untuk mencari tempat-tempat bagi orang-orang yang berzikir.
Malaikat “Sayyahun” adalah malaikat yang melancong dan menghadiri majlis ilmu dan zikir (majlis mengingati Allah).
Dan jika mereka melihat ada sekelompok orang yang berzikir, maka mereka memanggil kawan-kawannya untuk mendatangi tempat itu. Maka Para malaikat turun ke langit dunia dengan menaungi majlis zikir itu dengan sayap-sayap mereka.
Sekembalinya, mereka ditanya oleh Tuhan mereka padahal Dia Maha Mengetahui lebih dari mereka. Tanya Allah :Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu Itu? Jawab para malaikat : Mereka sedang bertasbih,bertakbir, bertahmid dan bertamjid untukMu. Tanya Allah : Apakah mereka pernah melihat Aku? Jawab para malaikat : Mereka belum pernah melihatMu.Tanya Allah : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihatKu.? Jawab para malaikat : Kalau mereka pernah melihatMu, pasti mereka akan bertambah banyak memujiMu.
Berimanlah seperti iman Jibril yang percaya penuh kepada Allah. Walaupun tidak dapat melihat Allah, kalau iman kita sudah penuh tiada bezanya samada dapat melihat Allah atau tidak, kita akan terus menyembahnya. Jika ditakdirkan dapat melihat Allah pun tidak ada bezanya ibarat air yang penuh, kalau ditambah nanti melimpah ruah pula airnya.
Tanya Allah : Apa yang mereka minta?Jawab para malaikat : Mereka meminta dimasukkan kedalam syurgaMu.Tanya Allah : Apakah mereka pernah melihat syurgaKu? Jawab para malaikat : Mereka belum pernah melihatnya.Tanya Allah : Bagaimana kalau mereka pernah melihatnya? Jawab para malaikat :Jika mereka pernah melihatnya tentu mereka akan lebih banyak memintanya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :“ Seketika setelah menciptakan syurga dan neraka, Allah SWT mengutus Malaikat Jibril “ Lihatlah kepada syurga dan juga lihatlah apa yang aku sediakan untuk penghuni surga”. Maka Jibril pun datang menuju syurga dan melihat terhadap apa yang telah Allah SWT sediakan untuk calon penghuninya. Nabi melanjutkan sabdanya, kemudian Jibril menghadap Allah SWT “ Demi kemuliaanmu Ya Allah, tak ada seorang pun yang mendengar syurga kecuali pasti ingin masuk ke dalamnya”. Setelah mendengar laporan Malaikat Jibril demikian maka Allah memerintahkan agar syurga dipagari dengan kebencian / hal-hal yang tidak menyenangkan nafsu. Allah SWT berfirman “ kembalilah menuju syurga dan lihatlah apa yang Aku sediakan di dalam syurga untuk calon penghuni”. Jibril kemudian kembali ke syurga maka ketika itu syurga sudah betul-betul dipagari dengan kebencian, Jibril kembali menghadap Allah SWT “Demi kemuliaaanmu sungguh aku khuatir tak ada seorang pun yang mampu masuk syurga.
Tanya Allah : Dari apa mereka mohon perlindungan? Jawab para malaikat : Mereka mohon perlindungan dari siksa api neraka.Tanya Allah : Apakah mereka pernah melihatnya? Jawab pada malaikat : Mereka belum pernah melihatnya.Tanya Allah : Bagaimana kalau mereka pernah melihatnya?Jawab para malaikat : Jika mereka pernah melihatnya,pasti mereka akan lebih banyak memohon perlindungan daripadanya.
Kemudian Allah SWT berfirman” Pergilah ke neraka dan lihatlah apa yang Aku sediakan di dalamnya untuk penghuninya” Jibril berangkat menuju neraka, ketika itu api menyala sebahagian dengan sebahagian yang lain saling berkobar menjilat / membumbung tinggi.Jibril Menghadap Allah SWT “ Demi kemuliaanmu tidak seorang pun yang mendengar neraka kemudian dia ingin memasukinya”Kerana keadaan neraka seperti itu Allah SWT memerintah agar neraka dipagari dengan kesenangan / hal-hal yang memancing hawa nafsu, menggiurkan.“Kembalilah menuju ke neraka” . Setelah Jibril menuju ke neraka untuk melihatnya maka kemudian kembali mengadap Allah SWT “ Demi kemuliaamu sungguh saya khuatir bahawa tidak ada seorang pun yang boleh selamat dari neraka”
Kata Allah :Ketahuilah dan saksikanlah bahwa Aku telah memberi ampunan kepada mereka.
Hadirlah kelas-kelas, ceramah agama kerana di dalamnya terdapat malaikat yang mendoakan kita, selesai majlis ilmu tersebut dosa mereka yang hadir akan diampunkan sekalipun mereka tidur di dalamnya
Kata seorang dari para malaikat : Di antara mereka ada seorang yang tidak ikut berzikir, dia datang kerana ada suatu hajat.Kata Allah : Orang-orang itu tidak akan membawa sengsara kepada kawan yang duduk bersamanya.(HR Tirmidzi, Ahmad, Al-Baihaqi dan Ibnu Syahin)

Wednesday, April 20, 2011
Penghulu Istigfar
Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya ) lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.” (Riwayat Imam al-Bukhari ).
LAFAZ SAYYID AL-ISTIGHFAR :
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتََ ،
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu.
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku.
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan
عْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْ أَبُوءُ لَكَ بِنِ
Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan,
فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ
Oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau.

Allah Cipta dan Tanggung Kita
Semasa manusia dicipta oleh Allah, mereka telah membuat satu perjanjian awal bahawa mereka akan menyembah Allah.
Al-A’raf [172] Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
Setelah dicipta, mereka pula diberi makan dan dicukupkan rezeki pula oleh Allah. Dialah yang menanggung segala keperluan kita.
Fikirkanlah banyak mana ayam, beras, gandum yang diberikan oleh Allah kepada manusia seluruh dunia setiap hari:
Al-Mulk [15] Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya.
Allah sendiri meladangi tanaman dan tumbuhan di muka bumi ini:
Al-Waqiah [62] Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
Al-Waqiah (63) Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
Al-Waqiah (64) Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
Al-Waqiah (65) Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
Al-Waqiah (66) (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
Al-Waqiah (67) Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
Orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong, takabbur, besarkan diri. Mereka dicop sombong kerana tidak mahu menyembah Allah sedangkan Allah yang memberi mereka makan.

Sembahyang 5 Waktu 17 rakaat
Salah satu daripada ciri orang yang bertakwa (takutkan Allah) ialah mereka mendirikan sembahyang, terutamanya sembahyang fardhu 5 kali sehari, 17 rakaat setiap hari pada waktu-waktunya:
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3)
Rasulullah menerima kontrak sembahyang semasa Baginda Mikraj (naik) ke satu tempat di atas langit. Pada malam itu Baginda telah naik ke 17 tempat (bilangan rakaat sembahyang sehari semalam juga 17). Dalam satu hadith disebut “Sembahyang itu mikraj orang mukmin”. Orang mukmin naik tarafnya dan disayangi Allah melalui ibadat sembahyang dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga yang mempunyai 8 pintu. Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat. Sembahyang itu juga adalah anak kunci syurga.
Rakaat sembahyang yang asal adalah 2 rakaat kecuali Maghrib 3 rakaat. Apabila bermusafir, jumlah rakaat adalah mengikut rakaat yang asalnya. Hadis dari “Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:Pada peringkat awal, sembahyang diwajibkan secara dua rakaat dua rakaat samada waktu tidak musafir ataupun semasa musafir. Kemudian dikekalkan sembahyang semasa musafir (iaitu dua rakaat) dan ditambah rakaat bagi sembahyang yang bukan dalam keadaan musafir.
Setiap rakaat sembahyang mempunyai perbuatan qiyam (berdiri), rukuk, iktidal dan 2 kali sujud. Sujud dua kali dalam sembahyang itu berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya yang pertama), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur mereka boleh patuh pada arahan Allah.
Waktu-waktu Solat:-
Baqarah [238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk
Al-Israa’ [78] Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Gelincir matahari – Zohor dan Asar
Gelap malam – Maghrib dan Isya’
Hud [114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Takbir Sembahyang
Kita memulakan sembahyang dengan mengagungkan Allah menyebut Allahuakbar (Allah is the greatest). Sepertimana rakyat hendak menghadap raja atau sultan, mereka mendaulatkannya dengan menyebut Daulat Tuanku. Apatah lagi menghadap Raja kepada segala Raja, yang maha hebat.
Lafaz takbir.
Dalam mazhab Syafie cuma boleh menggunakan lafaz “Allahuakbar”. Dalam mazhab Hanafi boleh menggunakan lafaz selain Allahuakbar seperti “Allahu Kabir”, “Allahul Azim”, “Allahul Ajal” (yang bermaksud Allah maha besar, maha agung). Walaubagaimanapun makruh menyebut selain “Allahuakbar”. Lafaz Allahuakbar sebahagian dari solat atau syarat solat?
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila engkau berdiri untuk mengerjakan sembahyang…hendaklah engkau mengucapkan takbir – Allahuakbar. Dalam mazhab Syafie, Hambali, Maliki, lafaz Allahuakbar adalah sebahagian dari solat. Dalam mazhab Hanafi, lafaz Allahuakbar adalah di luar solat, prasyarat. Seperti dalam firman Allah, “Wazakaras marabbihi fasolla :
Al-A’la [15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
Dalam ayat ini menyebut nama Tuhan “Allahuakbar” dan mengerjakan sembahyang adalah 2 perkara yang berbeza dan ditengahnya ada perkataan “serta”.

Thursday, April 7, 2011
Balasan Orang Yang Menyahut SeruanNya
Ar-Rad [13] Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; ……
Dalam ayat yang lain:
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
(Al-Anfal,24)
Seruan Rasul juga adalah seruan Allah. Allah hantar Nabi dan Rasul dari kalangan manusia juga untuk berdakwah kepada manusia. Kafir Quraisy bertanya mengapa tidak diutuskan malaikat. Malaikat jisim halus, tidak boleh dilihat, disentuh. Kalau diutuskan malaikat bagaimana ia hendak berhubung dengan manusia. Lagipun Nabi dan Rasul adalah penduduk dunia, malaikat tidak.
balasan yang sebaik-baiknya.
Banyak kebaikan dan pahala diberikan kepada orang mengikut seruan Allah. Kebaikan yang sebaik-baiknya ialah Syurga. Syurga tidak boleh difikir oleh akal manusia.
Tiada yang lebih indah daripada syurga. Di dalamnya terdapat keseronokan yang mempersonakan. Bunyi-bunyian muzik yang mengasyikkan. Makanan yang lazat, minuman yang tidak dicemari toksik, bahkan tidak perlu membuang air, udara yang nyaman, cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, pemandangan yang menyihatkan mata, pakaian yang berkualiti, Di sana juga terdapat mahligai (istana) yang diperbuat daripada kaca, emas, perak. Semuanya tidak dapat difikirkan oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia.

SURAH YANG BAIK UNTUK DI AMALKAN
1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Berilah Amaran dan Peringatan Kepada Mereka Yang Takutkan Allah
Berilah peringatan kepada orang yang menyahut seruan Allah dan Rasulnya agar mereka lebih takutkan Allah.
An’am [51] Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertakwa.
Ada 2 jenis amaran:
1) kepada bukan Islam supaya mereka masuk Islam
2) kepada orang Islam agar mereka lebih takutkan Allah.
Memasukkan bukan Islam kedalam Islam besar pahalanya. Namun, mengekalkan orang Islam dalam Islam dan ketaatan adalah lebih besar pahalanya.
Ya-Sin[11] Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia
Berilah peringatan kepada mereka yang takutkan Allah supaya mereka terus dalam keimanan dan Islam. Dakwah dan nasihat mesti diteruskan walaupun orang itu sudah menjadi ahli masjid agar mereka kekal menjadi ahli masjid
An-Naziat [45] Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
Ianya sebagai jawapan kepada kafir yang selalu bertanya tentang bilakah kedatangan hari kiamat.
An-Naziat [42] Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? [43] Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?[44] Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

Tuesday, April 5, 2011
Pertanyaan Allah Kepada Pembunuh Bayi
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya. (At-Takwir :8) Dengan dosa apakah dia dibunuh? (At-Takwir :9)
Di zaman jahiliyyah dahulu, masyarakat Arab menanam anak-anak perempuan mereka kerana malu mendapat anak-anak perempuan. Namun pada zaman ini, orang Islam sendiri, terutamanya di Malaysia menanam bayi mereka setelah terlanjur melakukan zina. Kebanyakan mereka melakukan perbuatan ini setelah terdedah dengan pelbagai bentuk gambar, filem, video lucah, pergaulan bebas dan kurangnya didikan agama.
Pembunuh-pembunuh bayi ini akan ditanya di akhirat nanti oleh Allah s.w.t, apakah dosa yang telah dilakukan oleh bayi itu sehingga menyebabkan mereka dibunuh. Tiap yang bernyawa akan mati, diberikan nyawa itu untuk diuji semasa di dunia dan mereka akan disoal di akhirat nanti sebelum dimasukkan ke dalam syurga atau dicampak ke dalam neraka.