Saturday, March 31, 2012

Pelbagai Ganjaran dan Tawaran Allah S.W.T

Allah s.w.t menyediakan pelbagai jenis amalan untuk dilakukan oleh manusia Setiap amalan ada ganjaran dan tawaran istimewa yang tersedia menanti. Ada amalan yang diberikan pahala, ada yang dihapuskan dosa, ada yang diberikan bidadari, ada yang diberikan syurga, dan ada juga yang diberikan tuan syurga itu sendiri iaitu Allah s.w.t.Di dalam Hadith Qudsi, Allah berfirman melalui Nabi s.a.w. : Semua amalan Anak adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya“. Hadith ini juga boleh dibaca secara majhul dan tafsiran lain pula ialah “balasan bagi puasa ialah Allah”, bermakna Allah menjanjikan Dialah balasan bagi orang berjaya puasa, iaitu tuan syurga. Apabila tuan syurga sudah diperolehi maka secara automatiklah mendapat syurga.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melaungkan azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sabda Nabi s.a.w, sesiapa yang mengeluarkan benda jijik dari masjid dikurniakannya sebuah rumah (mahligai) di dalam syurga. Manakala dalam riwayat yang lain dihadiahkan seorang bidadari.

Haji yang mabrur menghapuskan dosa yang lalu dan dijanjikan ganjaran syurga.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.” (Bukhari Muslim)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Src: Suraya Harun (PSI Petronas)

1 comments:

Mardhiana said...

Salam..

SURA tu ape?

Post a Comment