Saturday, March 31, 2012

Agama Islam Sesuai Untuk Mereka Yang Berakhlak Mulia

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengkhaskan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah). Dan tidaklah layak bagi kamu agama ini melainkan kamu mempunyai sifat dermawan (pemurah) dan berakhlak mulia. Oleh demikian hendaklah kamu hiasi agama kamu itu dengan keduanya (iaitu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik). (HR Thabrani dan Al Ashbahani)

Dalam hadith ini disebut bahawa Allah swt menjadikan agama Islam untuk dirinya. Agama Islam adalah milik Allah, oleh itu hanya agama Islam yang boleh diberikan kepada manusia. Selain daripada agama Islam bukanlah milik Allah.

Al-Maidah [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Dari Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda:

“Tidak ada sesuatu pun yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).

Akhlak adalah sesuatu yang abstrak (tidak boleh dipegang), yang tidak boleh ditimbang secara zahirnya. Namun Allah boleh menimbang perkara yang abstrak, misalnya amalan puasa dan sembahyang. Hanya Allah yang boleh menimbang dan menilai berat pahala amalan-amalan tersebut.

Agama Islam hanya sesuai untuk orang yang baik dan murah hati, dan ia tidak sesuai untuk orang jahat dan buruk akhlak. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam AlQuran.

Akhlak yang mulia itu ada sepuluh macam, terkadang semuanya terdapat dalam diri seseorang tetapi tidak terdapat dalam diri anaknya; terkadang semuanya terdapat dalam diri seorang anak tetapi tidak terdapat dalam diri ayahnya; terkadang semuanya terdapat dalam diri seorang hamba tetapi tidak terdapat dalam diri tuannya; Allah membahagikannya kepada orang yang dikehendakiNya hidup bahagia iaitu:

1. Jujur dalam berbicara (cakap benar)

2. berani dalam medan perang

3. selalu memberi orang yang meminta

4. selalu membalas perbuatan baik

5. memelihara amanah

6. bersilaturahim

7. memelihara hak jiran

8. memelihara hak sahabat

9. menghormati tetamu

10. yang paling utama (kepala) diantara kesemuanya ialah malu

(Riwayat Hakim melalui Aisyah r.a.)

Src: Suraya Harun (PSI Petronas)

0 comments:

Post a Comment