Saturday, March 31, 2012

Talhah r.a. Yang Dermawan

Talhah r.a. ialah seorang sahabat nabi yang kaya dan mempunyai banyak ladang kurma. Pada suatu hari, sedang beliau mendirikan sembahyang di dalam kebunnya, tiba-tiba perhatianya telah tertarik kepada seekor burung yang telah sesat di antara timbunan daun-daun yang tebal. Matanya mengikuti gerak-geri burung itu sehingga ia terlupa bilangan rakaat yang telah dilakukannya. Kelalaianya telah menimbulkan kekesalan yang tidak keruan di dalam hatinya. Selepas menghabiskan sembahyangnya itu, dia berjalan ke arah rumah Rasulullah s.a.w. Setiba di hadapan Baginda, dia pun berkata:

“Ya Rasulullah, kebunku telah menyebabkan aku lalai dalam solat. Aku mendermakannya pada jalan Allah. Tolonglah pergunakannya dengan cara sebaik-baiknya.”

Pada suatu masa yang lain Rasulullah s.a.w hendak membina sebuah masjid, namun tidak dapat dibina kerana terdapat sepohon kurma yang di kawasan itu dan pemiliknya enggan menebang pohon itu. Nabi tidak menggunakan kuasanya sebagai pemerintah untuk menebang pokok kurma itu, sebaliknya menangguhkan hasrat itu. Talhah r.a. telah mendengar tentang perkara itu terus pergi mencari pemilik pohon kurma itu dan menawarkannya sekebun kurma miliknya sebagai ganti kepada sepohon pokok itu. Mendengarkan tawaran yang sangat menarik itu, pemilik pohon itu terus menerima tawaran Talhah r.a. Setelah diceritakan kepada Nabi s.a.w, baginda mengatakan

“orang yang pertama memakan kurma di syurga ialah Talhah r.a.”.

Src: Suraya Harun (PSI Petronas)

0 comments:

Post a Comment