Monday, March 7, 2011

Apabila Kamu Bermimpi

Daripada Abu Said al-Khudri RA, ia mendengar Nabi SAW bersabda :“Apabila salah seorang kamu bermimpi akan sesuatu yang disukainya, mimpi itu adalah daripada Allah Ta’ala, maka hendaklah ia memuji Allah Taala, dan hendaklah ia menceritakannya. Dalam riwayat lain : “Janganlah ia menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang dikasihinya. Apabila ia bermimpi melihat sesuatu yang tidak disukainya, maka itu adalah daripada syaitan. Oleh itu hendaklah ia meminta perlindungan daripada kejahatannya, dan janganlah diceritakan mimpi itu kepada sesiapa, kerana mimpi itu tidak memudharatkannya”. (HR Bukhari)

Daripada Jabir RA, daripada Rasulullah SAW baginda bersabda :“Apabila salah seorang kamu bermimpi sesuatu yang dibencinya, hendaklah ia meludah ke arah kirinya sebanyak 3 kali, dan meminta perlindungan dengan Allah 3 kali (mengucapkan a’uzubillah..), dan mengubah posisi tidurnya” (HR Muslim)A

Adakalanya apa yang akan berlaku dalam hidup kita datang sebelum ia berlaku dalam bentuk mimpi. Namun hanya orang alim yang mempunyai kekuatan rohani boleh menta’bir atau mentafsir mimpi. Mereka mampu mentafsir alam arwah dan memahami pergerakan roh. Misalnya, Muhammad Ibn Sirin adalah seorang ulama terkenal dalam bab ta’bir mimpi (tafsir mimpi).

Para nabi juga mendapat tanda kenabian mereka melalui mimpi.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah salah satu daripada empat puluh enam bahagian kenabian.

Src: Suraya Harun (MITCO PETRONAS)

0 comments:

Post a Comment