Sunday, March 27, 2011

Antara Suami, Isteri dan Ibu Bapa

Rasulullah s.a.w. bersabda “Orang yang paling besar haknya ke atas perempuan adalah suaminya dan orang yang paling besar haknya ke atas lelaki adalah ibunya” (Riwayat Hakim melalui Siti Aisyah r.a).

Apabila seseorang perempuan berkahwin, dia berada dalam tanggungjawab dan fail suaminya. Segala dosanya ditanggung oleh suaminya kecuali dosa yang dilakukan secara tersembunyi atau tanpa pengetahuan suaminya.

Lelaki pula samada telah berkahwin atau tidak, syurganya adalah di bawah tapak kaki ibu.

Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Dalam hadith ini menunjukkan keutamaan berkhidmat kepada ibu 3 kali ganda melebihi khidmat kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat, ini kerana seorang ibu itu telah menanggung kesusahan semasa mengandungkan anaknya dan juga semasa bersalin melahirkan anaknya.

Luqman [1] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)..

Pernah seorang sahabat yang tinggal di Madinah datang kepada Rasulullah saw dan bertanya tentang ayahnya yang selalu datang berkunjung ke rumahnya dan mengambil barang kepunyaannya apabila hendak pulang ke kampungnya:

“ Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab : “ Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”. [HR Ibnu Majah]

Dalam hadith disebut, alamat kiamat ialah anak menderhakai ibu bapa, sedangkan dia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.

Src : Suraya Harun (MITCO Petronas)

0 comments:

Post a Comment