Wednesday, March 30, 2011

Tazkirah - Kafir Lebih Sesat Daripada Binatang

Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan (sambil mereka berkata): Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya? (Furqan:41)

Sebenarnya dia hampir-hampir dapat menyesatkan kami dari tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa: Siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya. (Furqan:42)

Golongan kafir mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah hampir menyesatkan mereka, padahal merekalah yang sebenarnya sesat. Mereka menyembah berhala yang dicipta sendiri oleh tangan mereka, lalu diberi nama dan dipuja untuk mendapatkan sesuatu hajat.

Janganlah kita menjadi pembela kepada mereka yang sesat ini, seperti kata pepatah Melayu mereka yang makan nangka, kita pula yang kena getahnya.

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? (Furqan:43)

Golongan yang mengikut hawa nafsunya adalah mereka yang menjadikan nafsu buruknya sebagai tuhan kerana mereka tidak patuh kepada suruhan Allah dan melanggari larangannya. Seperti kata pepatah melayu ikut hati mati, ikut nasfu, lesu dan juga nafsu beraja di mata bersultan di hati.

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Furqan:44)

Al-A’raf [179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Baqarah [171] Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

Src: Suraya Harun (MITCO Petronas)

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kekejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari dia stroke.............Teruskan membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung!!!"

~~SEBAR2KAN LAH~~

Jangan dengar bisikan syaitan……

Kesan Syaitan atas Pembaca Pengamal AlQuran

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kekejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari dia stroke.............Teruskan membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung!!!"

~~SEBAR2KAN LAH~~

Jangan dengar bisikan syaitan……

Sunday, March 27, 2011

Tempat Yang Diturunkan Azab

Dan demi sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) telah melalui bandar yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk, maka (mengapa mereka masih berdegil), tidakkah mereka selalu dapat menyaksikannya? (Mereka tidak fikirkan yang demikian itu satu balasan kufur) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima balasan). (Furqan:40)

Umat Nabi Lut juga telah dibinasakan oleh Allah melalui Malaikat yang menelingkupkan mereka ke dasar bumi. Bumi itu tidak ditumbuni tanaman dan dikatakan ia terletak berhampiran airport Tel Aviv.

Al-Hijr [74] Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

[75] Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.

[76] Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang)

Allah hanya menyelamatkan orang Islam, kafir tidak akan diselamatkan.

Yunus [103] Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman (yang menurutmu).

Ar-Ruum [47]….dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

Siang malam Nabi Nuh berdakwah, dipukul berkali-kali, tetap terus berdakwah. Namun umatnya semakin liar.Lalu Nabi Nuh doa supaya dihapuskan semua umatnya, tanpa tinggal seorang pun kerana penyakit kufur dan syirik adalah sangat merbahaya. Lebih bahaya dari dadah. Sekali kufur bertapak, susah untuk dihilangkan. Walaupun sudah lama Islam, namun urat kafir masih ada dalam badan.

Nuh [5] (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);

[6] Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

Nuh [26] Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

Setelah dibina bahtera ditengah hutan, naiklah pengikutnya kecuali anak dan isteri. Allah selamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya dari banjir besar.

Src : Suraya Harun (MITCO Petronas)

Antara Suami, Isteri dan Ibu Bapa

Rasulullah s.a.w. bersabda “Orang yang paling besar haknya ke atas perempuan adalah suaminya dan orang yang paling besar haknya ke atas lelaki adalah ibunya” (Riwayat Hakim melalui Siti Aisyah r.a).

Apabila seseorang perempuan berkahwin, dia berada dalam tanggungjawab dan fail suaminya. Segala dosanya ditanggung oleh suaminya kecuali dosa yang dilakukan secara tersembunyi atau tanpa pengetahuan suaminya.

Lelaki pula samada telah berkahwin atau tidak, syurganya adalah di bawah tapak kaki ibu.

Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Dalam hadith ini menunjukkan keutamaan berkhidmat kepada ibu 3 kali ganda melebihi khidmat kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat, ini kerana seorang ibu itu telah menanggung kesusahan semasa mengandungkan anaknya dan juga semasa bersalin melahirkan anaknya.

Luqman [1] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)..

Pernah seorang sahabat yang tinggal di Madinah datang kepada Rasulullah saw dan bertanya tentang ayahnya yang selalu datang berkunjung ke rumahnya dan mengambil barang kepunyaannya apabila hendak pulang ke kampungnya:

“ Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab : “ Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”. [HR Ibnu Majah]

Dalam hadith disebut, alamat kiamat ialah anak menderhakai ibu bapa, sedangkan dia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.

Src : Suraya Harun (MITCO Petronas)

Tuesday, March 15, 2011

Dukacita Sebenar Seorang Mukmin

Rasulullah s.a.w. bersabda “Orang yang paling besar dukacitanya ialah mukmin (orang yang beriman); dia berdukacita dalam perkara dunia sekaligus berdukacita dalam perkara akhirat ( Riwayat Ibnu Majah melalui Anas)

Sebenar-benar atau sebesar-besar dukacita ialah dukacita orang yang beriman, dia dukacita dalam urusan dunia kerana menghadapi kesusahan dalam mencari rezeki yang halal. Mukmin juga berdukacita dalam urusan akhiratnya kerana memikirkan nasib mereka di sana.

Daripada Abu Salamah bin Abbi Hurairah berkata; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;”Antara begitu banyak dosa, ada sejenis dosa yang tidak dapat dikafarah dengan solat, puasa, haji dan umrah. Seorang sahabat bertanya; Apakah amalan yang dapat mengkifarahkannya ya Rasulullah? Nabi bersabda: Dosa itu dapat dihapus oleh kesusahan dan dukacita kerana kesukaran berusaha mencari nafkah hidup.”

Kesusahan tersebut, ialah kesusahan dalam mencari rezeki, lebih-lebih lagi dalam mencari rezeki yang benar-benar bersih dan halal dalam realiti kehidupan hari ini ia sentiasa bercampur diantara halal dan haram.

Thursday, March 10, 2011

Banyakkanlah Berzikir Mengingati Allah

Berzikir iaitu mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi dan merindui seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya di dalam hatinya.

Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah menyayanginya. (Riwayat Dailami dari Aisyah r.a).

Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang orang mengatakan bahawa kamu telah gila. (Hadith Riwayat Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda :Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)

Src : Suraya Harun (Mitco Petronas)

Kalimah Zikir Yang Ringkas Tetapi Padat

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Musa telah berdialog dengan Allah. Dalam dialog itu Nabi Musa berkata: Ya Allah, ajarlah kami satu kalimah yang dapat kami gunakan untuk berzikir dan berdoa kepadaMu.

Jawab Allah: ucapkanlah “Lailaha illallah...” Wahai Musa.

Maka kata Nabi Musa : Semua umatmu sudah mengucapkan kalimah itu wahai tuhan

Jawab Allah : Wahai Musa, andaikan langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan kalimah “Lailaha illallah, nescaya masih berat “Lailaha illallah“

Zikir yang terbaik ialah Kalimatul Hak iaitu “La ila ha illallah sepertimana maksud hadith:

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Kalimatul hak itu menunjukkan keesaan Allah. Kalau ada tuhan selain Allah, maka kita juga terpaksa memenuhi perintah tuhan yang lain. Jikalau ada 2 atau 3 tuhan (selain Allah), matilah kita bila tuhan-tuhan itu berperang antara satu sama lain.

Al-Anbiyaa [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Src : Suraya Harun (Mitco Petronas)

Tuesday, March 8, 2011

Zalikal Kitab

Baqarah [2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya);

Dalam ayat ini kalimah ‘Zalika’ digunakan untuk mengisyaratkan kepada sesuatu yang jauh. Biasanya zalika bermaksud itu (sesuatu yang jauh) dan haza bermaksud ini (sesuatu yang dekat). Ulama berpendapat kalimah zalika mengisyaratkan kepada kitab Al-Quran yang berada dan tertera atau terserlah di Loh Mahfuz.

Al-Quran adalah kalam Allah iaitu perkataan Allah yang bersifat Qadim (wujudnya sejak Azali lagi). Ia bukanlah makhluk (sesuatu yang baru).

Terdapat dua jenis kalam Allah iaitu Kalam Nafsi dan Kalam Lafzi. Kalam Nafsi ialah perkataan yang terdapat pada zat Allah. Al-Quran pada zat Allah bersifat Qadim dan tidak mempunyai suara atau lafaz. Kalam Lafzi ialah lafaz perkataan seperti yang kita lihat pada Al-Quran yang dibaca hari ini. Allah telah menurunkan Al-Quran dalam perkataan dan bahasa yang boleh difahami oleh manusia dan diletakkan huruf-huruf untuk memudahkan manusia membacanya misalnya untuk perkataan Bismillah diletakkan huruf ba sebelum huruf sim dan mim.

Dalam ayat ini juga disebut kitab yang tiada syak padanya. Maka persoalannya kitab yang mana satu, yang berada di Loh Mahfuz atau yang berada bersama kita hari ini. Jawapannya kedua-dua kitab adalah sama, kerana kitab yang berada bersama kita hari ini datangnya dari Loh Mahfuz. Al-Quran diturunkan dari LOH MAHFUZ ke Langit dunia (Baitul Izzah) pada malam Lailatul Qadr. Al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)

Monday, March 7, 2011

Kelebihan Berkumpul Mengingati Allah

Al-Kahfi [28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata…

Rasulullah saw selalu berkumpul bersama para sahabat untuk berzikir dan mengingati Allah, terutamanya pada waktu pagi (selepas Subuh) dan juga pada waktu petang (selepas Asar)

Berkata Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah dari (selepas) solah fardhu Subuh sehingga naik matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s dan (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah selepas fardhu solah Asar sehingga ghurub matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s..

Selain itu Baginda menyuruh para sahabat menyertai majlis mengingati Allah samada majlis zikir atau majlis ilmu.

Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka makanlah buahnya.” Para sahabat bertanya “Apakah taman-taman syurga itu, ya rasulullah?” Beliau menjawab, “Majlis ilmu (majlis yang dalamnya ada peringatan kepada tuhan ) ” (HR Thabrani Targhib)

Hadits shohih riwayat Imam al-Bukhari yang diriwayatkan daripada Qutaibah bin Sa`iid daripada Jariir daripada al-A’masy daripada Abu Sholih daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. di mana diriwayatkan bahawa Junjungan s.a.w. bersabda:-

Bahawasanya Allah mempunyai malaikat-malaikat yang tugas mereka ialah mengelilingi segenap pelosok bertujuan mencari ahli zikir. Maka apabila mereka menemui satu kaum (yakni satu kumpulan manusia) yang sedang berzikrullah, mereka pun berseru sesama sendiri (yakni sesama malaikat tadi): “Marilah kepada hajat (tuntutan / tujuan) kamu (yakni tugas mereka mencari ahli zikir tadi)”.

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka malaikat-malaikat tersebut menyelubungi mereka (yakni kaum yang berzikir itu) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia.”

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Lalu Tuhan mereka bertanya kepada para malaikat tersebut, sedangkan Dia lebih mengetahui daripada mereka: “Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?”

Para malaikat menjawab: “Mereka bertasbih kepadaMu, bertakbir kepadaMu, bertahmid kepadaMu, bertamjid kepadaMu (mengagungkan Allah).”

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka Allah berfirman: “Adakah mereka melihatKu?

Junjungan meneruskan sabdaan
“Lalu para malaikat menjawab: “Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka Allah berfirman: “Dan bagaimana jika sekiranya mereka melihatKu?”

Junjungan meneruskan sabdaan:-
Para malaikat itu berkata: “Jika sekiranya mereka melihatMu, nescaya jadilah mereka lebih kuat beribadah keranaMu, lebih kuat bertamjid keranaMu dan lebih banyak bertasbih keranaMu.”…..

Src: Suraya Harun (MITCO PETRONAS)

Apabila Kamu Bermimpi

Daripada Abu Said al-Khudri RA, ia mendengar Nabi SAW bersabda :“Apabila salah seorang kamu bermimpi akan sesuatu yang disukainya, mimpi itu adalah daripada Allah Ta’ala, maka hendaklah ia memuji Allah Taala, dan hendaklah ia menceritakannya. Dalam riwayat lain : “Janganlah ia menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang dikasihinya. Apabila ia bermimpi melihat sesuatu yang tidak disukainya, maka itu adalah daripada syaitan. Oleh itu hendaklah ia meminta perlindungan daripada kejahatannya, dan janganlah diceritakan mimpi itu kepada sesiapa, kerana mimpi itu tidak memudharatkannya”. (HR Bukhari)

Daripada Jabir RA, daripada Rasulullah SAW baginda bersabda :“Apabila salah seorang kamu bermimpi sesuatu yang dibencinya, hendaklah ia meludah ke arah kirinya sebanyak 3 kali, dan meminta perlindungan dengan Allah 3 kali (mengucapkan a’uzubillah..), dan mengubah posisi tidurnya” (HR Muslim)A

Adakalanya apa yang akan berlaku dalam hidup kita datang sebelum ia berlaku dalam bentuk mimpi. Namun hanya orang alim yang mempunyai kekuatan rohani boleh menta’bir atau mentafsir mimpi. Mereka mampu mentafsir alam arwah dan memahami pergerakan roh. Misalnya, Muhammad Ibn Sirin adalah seorang ulama terkenal dalam bab ta’bir mimpi (tafsir mimpi).

Para nabi juga mendapat tanda kenabian mereka melalui mimpi.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah salah satu daripada empat puluh enam bahagian kenabian.

Src: Suraya Harun (MITCO PETRONAS)