Sunday, October 30, 2011

Balasan Pendusta Hari Kiamat

(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang. (Furqan:11)

Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh. (Furqan:12)

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu). (Furqan:13)

(Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (Furqan:14)

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Imam Muda?

Seseorang yang menjadi imam sebenarnya menggalas jawatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menjadi imam kepada makmumnya iaitu para sahabat. Apabila seseorang itu berada di sejadah imam atau posisi imam, maka dia sebenarnya berada di tempat Rasulullah s.a.w. Oleh itu seorang imam hendaklah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. walaupun ianya sekadar sunnah-sunnah kecil ataupun perkara yang remeh-temeh kata orang sekarang. Walaupun benda ini nampak seolah-olah kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah)

Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah(Permulaan Hidayah) mengatakan permulaan hidayah adalah melalui perkara-perkara yang kecil, misalnya seperti sembahyang sunat. Tanpa duit 1 sen tidak akan cukup jumlah RM1,000. Kata pepatah luar, Perjalanan yang jauh beribu batu bermula dari satu langkah. Kata pepatah melayu “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit“

Seorang imam hendaklah duduk-bangun sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah. Pakaian imam sebaiknya menutup kepala, memakai kain atau seluar yang tidak menutup buku lali, memakai baju lengan panjang dan tidak pakai baju lengan pendek. Nabi s.a.w. tidak pernah solat dengan memakai baju lengan pendek dan baginda memakai kain separuh dari betis di atas buku lali.

Seorang imam memikul tanggungjawab yang besar kerana sembahyang makmum bergantung kepada sembahyangnya. Dari Sahal bin Saad radhialloohu’anhu, diriwayatkan bahawa dia menceritakan: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Imam itu memiliki tanggung jawab. Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa, sementara makmumnya tidak.” (HR. Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, pilihlah imam yang warak dan alim”.

Hadis daripada Abu Masud Al-Ansari menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda bermaksud: Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Kemudian orang yang lebih pandai tentang hadis (sunnah nabi), Kalau mereka juga sama maka pilih orang yang lebih dahulu berhijrah, Kalau sama masa hijrahnya, pilih orang yang lebih tua usianya.

Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Mazhab As-Syafie memilih imam yang paling pandai membaca al_Quran. Berdasarkan hadis Amar bin Salamah, yang dimaksudkan dengan ‘paling pandai membaca al-Quran’ di sini ialah orang yang terbanyak hafalannya. Hadis tersebut bermaksud: Hendaklah orang yang menjadi imam itu orang yang terbanyak hafalan Qurannya.

Mazhab Al-Hanafi pula memilih imam yang lebih pandai soal hukum-hakam. Dalam hadith ada disebut, kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, hendaklah kamu mencari orang yang alim dan warak sebagai imam sembahyang. Pilihlah imam mengikut susunan berikut:-

Alim

Wara’

Pandai membaca quran

Berpakaian kemas

Manis (sedap) bacaannya, tidak semestinya berlagu.

Tua

Isteri cantik. Kalau ada dua imam yang sama wara’ dan alim, pilih yang mempunyai isteri cantik kerana biasanya orang yang mempunyai isteri cantik kurang terjejas bila melihat perempuan lain.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Tuesday, October 25, 2011

Badal Haji

Soalan: Bolehkah seseorang itu melakukan ibadat haji untuk ibu atau bapanya yang telah meninggal?

Jawapan: Ibadat haji boleh dilakukan untuk ibu atau bapanya samada yang telah mati ataupun yang masih hidup, ini dikenali sebagai badal haji. Di dalam mazhab Syafie, seorang yang hendak melakukan badal haji itu hendaklah melakukan ibadat haji bagi dirinya sendiri terlebih dahulu. Di dalam mazhab Hanafi pula tidak disyaratkan begitu.

“Seorang perempuan daripada puak Khath’am telah datang (menemui Rasulullah S.A.W.) dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibadat haji telah difardhukan oleh Allah S.W.T. ke atas hamba-hamba-Nya ketika bapaku telah berusia lanjut dan tidak mampu lagi untuk berada di atas tunggangan (untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji), adakah dia wajib menqadha’kannya dengan cara aku lakukan ibadat haji tersebut bagi pihaknya? Rasulullah S.A.W. bersabda: Ya.”

“Seorang perempuan daripada puak Juhainah telah datang menemui Rasulullah S.A.W. dan berkata: Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk mengerjakan ibadat haji, tetapi tidak sempat menunaikannya sebelum dia meninggal dunia, adakah aku boleh mengerjakan ibadat haji itu bagi pihaknya? Rasulullah S.A.W. bersabda: Ya, tunaikanlah ibadat haji itu bagi pihaknya. Apakah pandanganmu jika ibumu mempunyai hutang, sudah tentu kamu akan melangsaikan hutang tersebut (bagi pihaknya). Langsaikanlah hutang (dari segi ibadat) kepada Allah, sesungguhnya hutang kepada Allah adalah lebih patut untuk kamu langsaikan.”

Src: Suraya Harun ( Mitco Petronas )

Seruan Haji dan Tidak Diterima Haji Duit Haram

Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah (Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!

Sesetengah orang beralasan “belum sampai seru” untuk mengerjakan haji. “Belum sampai seru” bukanlah alasan untuk menangguhkan ibadat haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim secara zahirnya. Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah dan tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji.

AL-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya.

Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru ” Ya ibadallah(hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.” Maka Allah memperdengarkan kepada semua yang ada di bumi. Lalu dijawab oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit, pasir, tiap yang basah dan kering daripada Masyriq dan Maghrib, dan yang ada di dalam perut ibunya dan sulbi bapanya:

Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Tiada sekutu bagiMu, Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku!Sesungguhnya segala pujian dan kenikmatan bagiMu dan juga kerajaan, tiada sekutu bagiMU.

Maka yang menjawab sekali, hajilah dia sekali. Dan yang menjawab dua kali, maka dua kalilah dia haji. Yang menjawab lebih dari itu, maka ia haji mengikut kadar jawabnya.

Labbaik Yang Tidak Diterima.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”[Riwayat Thabrani]

Allah itu bersih dan suci, Allah tidak terima benda yang tidak bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …

Yang paling penting pastikan duit untuk buat haji adalah dari sumber yang halal. Dalam hadith disebut “Siapa buat haji dengan duit yang halal, tidak celupar mulutnya, tidak bercakap perkara keji, tidak bergaduh dan tidak bercakap perkara yang menaikkan nafsu, dia akan pulang dengan haji yang mabrur.

Dalam hadith yang lain, “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika ada hutang, selesaikan atau minta izin pemberi hutang dahulu atau cari “guarantor” yang boleh menyelesaikan hutang jika berlaku sesuatu. Hutang itu hak manusia, haji hak Allah jika ada kemampuan dari segi kewangan yang melebihi keperluan. Sempurnakan dulu hak manusia dan keluarkan zakat simpanan dari duit yang disimpan.

Src: Suraya Harun ( Mitco Petronas )

HUKUM BERKAITAN KORBAN

Tulisan ini hanya membincangkan beberapa perkara yang sering menjadi perbincangan di kalangan umat Islam berkaitan hukum korban.

Definisi Dan Dalil Korban

Korban bermaksud menyembelih unta, lembu dan kambing dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah (swt).

Dalil mengenai korban terdapat dalam ayat suci al-Quran iaitu;

“Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.”

(Surah al-Kauthar: 2)

Hukum Korban

Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum korban sama ada ianya wajib atau sunat.

Menurut pandangan jumhur (majoriti) ulama iaitu Maliki, Syafi’i dan Hambali bahawa menyembelih korban pada Hari Raya Aidil Adha adalah sunat muakkad (sunah yang sangat dituntut). Sementara itu, menurut Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Al-Auza’i, Laits dan Ibn Taymiyyah (rh) mengatakan hukum korban adalah wajib ke atas mereka yang berkemampuan. Di bawah ini adalah dalil yang dipegang oleh kedua kumpulan ini.

1. Di antara dalil yang dipegang oleh jumhur ulama yang mengatakan korban adalah sunat muakkad ialah hadis berikut:-

“Jika masuk sepuluh hari pertama Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan mencukur sedikitpun dari rambut dan kukunya.” (HR Al-Jamaah kecuali Bukhari)

Dalam hadis ini dikaitkan dengan keinginan/kemahuan dan ia dianggap tidak wajib. Selain dari itu, terdapat riwayat bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar (ra) meninggalkan korban dengan sengaja pada sebahagian tahun dan ini menunjukkan ia tidak wajib.

2. Di antara dalil yang dipegang oleh mazhab Hanafi yang mengatakan korban adalah wajib adalah dari surah al-Kauthar ayat 2 di atas dan hadis berikut:-

Dari Abu Hurairah (ra), Rasulullah (saw) bersabda;

“Sesiapa yang mempunyai kemampuan, lalu ia tidak berkorban, maka jangan dia menghampiri tempat solat kami.” (HR Ahmad dan Ibn Maajah. Hadis ini mauquf yang dihukum marfu’)

Ulama Hanafi mengatakan perintah mengerjakan solat dan menyembelih korban dalam surah al-Kauthar adalah sama status wajibnya. Sementara itu, tegahan yang terdapat dalam hadis di atas menunjukkan korban adalah wajib.

Haiwan Untuk Korban & Pembahagiannya

Asal haiwan untuk korban hendaklah dari haiwan ternak iaitu unta, lembu dan kambing seperti yang telah sabit dari sumber hadis Rasulullah (saw) dan ayat suci al-Quran. Sebahagian ulama membolehkan berkorban dengan kuda belang, lembu hutan dan kijang. Selain dari haiwan ini tidak dibolehkan.

Pembahagian yang telah ditetapkan oleh syariah ialah kambing untuk satu orang dan unta atau lembu untuk tujuh (7) orang yakni tujuh bahagian.

Jenis Korban

Para ulama membahagikan korban kepada 2 jenis iaitu korban wajib dan korban sunat.

1. Korban Wajib

Terdapat tiga perkara menyebabkan korban menjadi wajib seperti berikut:-

1. Korban menjadi wajib disebabkan nazar dengan mengatakan “kerana ALLAH wajib ke atas diriku korban seekor kambing” atau “aku jadikan kambing ini sebagai korban” dan seumpamanya.

2. Korban juga menjadi wajib kepada sesorang yang tidak wajib korban seperti orang fakir dengan cara dia membeli haiwan untuk niat korban. Ini kerana setiap pembelian dengan niat korban dikira melakukan saluran menjadikannya sebagai wajib. Pada ‘uruf perbuatan ini dikira sebagai satu nazar untuk korban.

3. Korban menjadi wajib bagi orang kaya kerana ia berkemampuan. Ia bukannya disebabkan dua perkara yang di atas. Kewajipan ini disebabkan orang kaya dituntut melakukannya sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat ALLAH (swt) dan menghidupkan sunah Nabi Ibrahim (as).

2. Korban Sunat

Korban sunat ialah korban seorang yang musafir atau orang fakir yang tidak bernazar untuk berkorban atau tidak membeli haiwan dengan niat korban. Ia dikira sebagai sunat kerana tidak mempunyai sebab atau syarat menjadikannya wajib.

Jenis Dan Umur Haiwan Korban

Bagi haiwan unta hendaklah berumur 5 tahun, lembu berumur 2 tahun dan kambing berumur 6 bulan. Bagi unta dan lembu hanya perlu diambil satu daripada tujuh bahagian. Syarat sah korban hendaklah haiwan korban itu tidak mempunyai kecacatan dan sembelihan korban hendaklah dilaksanakan dalam waktu yang ditentukan.

Waktu Penyembelihan Korban

Waktu penyembelihan bermula dari selepas solat Hari Raya Adha (10 Zulhijjah) sehingga berakhirnya hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) seperti yang diriwayatkan dalam Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Hukum Daging Korban

Maksud dan tujuan korban terlaksana dengan mengalirkan darah haiwan tersebut. (Mughni al-Muhtaj).

Jumhur fuqaha mengatakan bahawa korban yang dilakukan secara sukerala (sunat) harus dimakan, tetapi jika ia korban nazar atau wajib melalui pembelian, maka ia haram dimakan. Demikian juga haiwan yang dikongsi seramai tujuh orang dan seorang daripadanya berniat menqadhakan korbannya (korban wajib) yang telah lepas, maka haram dimakan.

Larangan memakan daging korban yang dinazarkan adalah kerana ia telah menjadi sedekah dan seseorang itu tidak boleh makan sedekahnya. Ini adalah secara umum, kerana terdapat perbezaan pandangan berkaitan korban yang dinazarkan. Berkaitan dengan nazar yang dibuat secara umum di mana seseorang itu bernazar untuk tidak memberikannya secara khusus kepada orang faqir miskin – sama ada secara lisan atau dengan niat – ia dibolehkan dimakan menurut mazhab Maliki dan sebahagian ulama Syafi’i. (Mawsu’ah al-Fiqhiyyah).

Disyariatkan bagi orang yang melakukan korban memakan dagingnya, menghadiahkan (kepada sesiapa yang dikehendaki walaupun orang kaya) dan menyedekahkan kepada fakir miskin. Ini berdasarkan firman Allah (swt) yang maksudnya:

“ ..Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28)

“.. Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (Al-Hajj:36)

Para fuqaha (rh) berbeza pendapat mengenai jumlah yang harus dimakan, dihadiahkan dan disedekahkan. Perkara ini adalah luas, tetapi cara pembahagian yang terbaik adalah 1/3 dimakan sendiri, 1/3 dihadiahkan dan 1/3 disedeqahkan. Ini adalah pendapat Ibn Masud dan Ibn Umar (ra) yang disebut dalam al-Wazaif. Bahagian yang boleh dimakan boleh disimpan selama yang diinginkan selagi tidak rosak seperti hadis Rasulullah (saw) maksudnya;

“Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu).” (HR Muslim)

Kebenaran memakan dan mengagihkan daging korban tidak ada perbezaan di antara korban sunat atau wajib, yang dilakukan bagi pihak orang yang hidup atau meninggal dunia dan dalam melaksanakan wasiat.

Haram hukumnya menjual mana-mana anggota haiwan korban, sama ada dagingnya atau lain-lain bahagian termasuk kulit. Orang yang menyembelih korban tidak boleh mengambil mana-mana bahagian haiwan korban sebagai maksud upah di atas kerjanya kerana ia seumpama menjualnya. Terdapat hadis Nabi (saw) yang melarang hal ini. Jika hendak dibayar upahnya, hendaklah dari sumber dan cara yang lain. Dibolehkan jika seseorang itu memberikan kepada orang yang menyembelih dengan niat sebagai hadiah atau sedekah di atas kemiskinannya.

Src: Suraya Harun ( Mitco Petronas )

Seruan Haji dan Tidak Diterima Haji Duit Haram

Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah (Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!

Sesetengah orang beralasan “belum sampai seru” untuk mengerjakan haji. “Belum sampai seru” bukanlah alasan untuk menangguhkan ibadat haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim secara zahirnya. Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah dan tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji.

AL-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya.

Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru ” Ya ibadallah(hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.” Maka Allah memperdengarkan kepada semua yang ada di bumi. Lalu dijawab oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit, pasir, tiap yang basah dan kering daripada Masyriq dan Maghrib, dan yang ada di dalam perut ibunya dan sulbi bapanya:

Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Tiada sekutu bagiMu, Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku!Sesungguhnya segala pujian dan kenikmatan bagiMu dan juga kerajaan, tiada sekutu bagiMU.

Maka yang menjawab sekali, hajilah dia sekali. Dan yang menjawab dua kali, maka dua kalilah dia haji. Yang menjawab lebih dari itu, maka ia haji mengikut kadar jawabnya.

Labbaik Yang Tidak Diterima.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”[Riwayat Thabrani]

Allah itu bersih dan suci, Allah tidak terima benda yang tidak bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …

Yang paling penting pastikan duit untuk buat haji adalah dari sumber yang halal. Dalam hadith disebut “Siapa buat haji dengan duit yang halal, tidak celupar mulutnya, tidak bercakap perkara keji, tidak bergaduh dan tidak bercakap perkara yang menaikkan nafsu, dia akan pulang dengan haji yang mabrur.

Dalam hadith yang lain, “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika ada hutang, selesaikan atau minta izin pemberi hutang dahulu atau cari “guarantor” yang boleh menyelesaikan hutang jika berlaku sesuatu. Hutang itu hak manusia, haji hak Allah jika ada kemampuan dari segi kewangan yang melebihi keperluan. Sempurnakan dulu hak manusia dan keluarkan zakat simpanan dari duit yang disimpan.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

HEBATNYA ISTIGHFAR!

Definisi Istighfar

Istighfar bermaksud memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Hukum Beristighfar

Istighfar adalah satu ibadah yang agung bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT sama ada istighfar untuk diri sendiri atau orang lain.

Pada dasarnya, hukum beristighfar adalah sunnah seperti dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas. Perlu diingat, hukum istighfar akan bertukar menjadi wajib seperti istighfar terhadap maksiat dan dosa yang dilakukan. Dan hukum boleh bertukar menjadi haram, jika beristighfar untuk orang yang kafir.

Lafaz Istighfar

Di antara lafaz istighfar yang biasa diucapkan.

استغفرالله

( Daku mohon keampunan kepada Allah )

اليه واتوب لأهو الذلأاله استغفرالله ا

( Daku mohon keampunan kepada Allah, tiada ilah (sembahan) melainkan Dia, dan kepadaNyalah daku bertaubat )

Kelebihan Istighfar

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi dari istighfar yang kita lakukan.

1. Mengampunkan segala dosa dan kesalahan

2. Terhindar dari seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat

3. Memperolehi kenikmatan dan kesenangan yang baik

4. Mendapat hujan apabila musim kemarau

5. Memperolehi harta benda dan zuriat

6. Menambahkan kekuatan badan (fizikal) dan rohani

7. Menyembuhkan penyakit

8. Menimbulkan kemarahan syaitan dan membinasakannya

9. Menghilangkan dukacita, kesedihan serta menambah rezeki

Suatu iktibar yang diambil dari kisah seorang ‘alim mujtahid yang agung iaitu Imam Hassan al-Basri (rahimahullah) dan beliau merupakan seorang tabi’en.

· Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Imam Hassan al-Basri dan mengadu mengenai kemarau yang berlaku di tempatnya. Lalu beliau menyuruh lelaki tersebut beristighfar kepada Allah SWT.

· Seorang lelaki lain mengadu tentang kefakirannya, lalu beliau menyuruhnya beristighfar.

· Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang kebunnya tidak subur, maka beliau menyuruhnya beristighfar.

· Seterusnya, datang seorang lelaki terakhir mengadu perihal kehidupannya yang tidak mempunyai anak, maka beliau berkata “beristighfarlah kepada Allah”. Lalu imam Hassan al-Basri membacakan firman Allah SWT iaitu ayat 10 dari surah Nuh.

Diriwayatkan bahawa Sheikhul Islam Ibn. Taimiyyah (rahimahullah) jika menghadapi sesuatu masalah dan beliau tidak dapat menyelesaikannya, maka beliau akan beristighfar sebanyak seribu kali atau lebih dan beliau akan mendapati Allah SWT akan menyelesaikan masalahnya.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT dengan penuh keinsafan agar kita beroleh keampunan dan rahmatNya.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

3 Cara Bertaubat

Setiap perbuatan kita dicatit dan direkodkan oleh 2 Malaikat yang berada di sebelah kiri dan kanan kita. Oleh itu bertaubatlah. Ada 3 cara untuk bertaubat iaitu dengan mengucapkan istigfar, menjaga sisa umur dari melakukan dosa, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya.

Istigfar boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin .Malaikat dilupakan kejahatan yang kita buat. Bahkan diganti pula dengan pahala.Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Dalam satu hadith disebut “jagalah sisa umur kamu dari dosa-dosa sebelumnya, Allah ampuni dosa kamu yang lepas”. Misalnya jika semasa muda dahulu kita selalu berjudi, maka tinggalkanlah ia buat selama-lamanya. Allah akan mengampuni dosa kita walaupun kita tidak melafazkan istigfar.

Penyesalan itu adalah taubat.”(Hadis riwayat Ibnu Majah). Dalam hadith ini, penyesalan itu sendiri adalah taubat, tanpa perlu melafazkan istigfar.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Wednesday, October 19, 2011

Lelaki Kacak

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Tuesday, October 11, 2011

ERTI PERSAHABATAN

Dalam Dunia Ini,
Kita Tidak Punya Sesiapa Kecuali Diri Sendiri..
Tetapi Dalam Kita Bersendiri,
Kita Beruntung Kerana Mempunyai Seorang Sahabat Yang Memahami Kita.

Sebagaimana Kita Mengharapkan Keikhlasan Dan Kejujuran Seorang Sahabat,
Begitu Juga Dia.
Tetapi Kita Sering Terlupa Akan Hal Itu.
Kita Cuma Mengambil Kira Tentang Harapan Dan Perasaan Kita.

Kita Rasa Dikhianati Bila Dia Tidak Menepati Janjinya.
Kita Tidak Memberi Dia Peluang Untuk Menerang Keadaannya.

Bagi Kita,
Itu Alasannya Untuk Menutup Kesilapan Dan Membela Diri.
Kita Terlupa, Kita Juga Pernah Membiarkan Dia Ternanti-Nanti..
Kerana Kita Juga Ada Janji Yang Tidak Ditepati.
Kita Beri Beribu Alasan, Memaksa Dia Menerima Alasan Kita.

Waktu Itu, Terfikirkah Kita Tentang Perasaannya??
Seperti Kita, Dia Juga Tahu Rasa Kecewa.. Tetapi Kita Sering Terlupa.
Untungnya Mempunyai Seorang Kawan Yang Sentiasa Di
Sisi Kita Pada Waktu Kita Memerlukan Dia.

Dia Mendengar Luahan Perasaan Kita,
Segala Rasa Kecewa Dan Ketakutan,
Harapan Dan Impian Kita Luahkan,
Dia Memberi Jalan Sebagai Laluan Penyelesaian Masalah.

Selalunya Kita Terlalu Asyik Bercerita Tentang Diri Kita,
Hingga Kadang-Kadang Terlupa Kawan Kita Juga
Ada Cerita Yang Ingin Dikongsi Bersama Kita.
Pernahkah Kita Memberi Dia Peluang Untuk Menceritakan
Tentang Rasa Bimbangnya, Rasa Takutnya?

Pernahkah Kita Menenangkan Dia Sebagaimana Dia Pernah
Menyabarkan Kita?

Ikhlaskah Kita Mendengar Tentang Kejayaan Dan Berita
Gembiranya?
Mampukah Kita Menjadi Sumber Kekuatannya Seperti Mana
Dia Meniup Semangat Setiap Kali Kita Merasa Kecewa Dan
Menyerah Kalah?

Dapatkah Kita Yakinkan Dia Bahawa Kita Boleh Dipercayai,
Kita Boleh Dijadikan Tempat Untuk Bersandar Bila Terasa Lemah,
Agar Tidak Rebah?

Bolehkah Kita Menjadi Bahu Untuk Dia Sandarkan
Harapan?

Sesekali Jadilah Kawan Yang Mendengar Dari Yang Hanya Bercerita.
Ambillah Masa Untuk Memahami Hati Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga Seorang Manusia;
Dia Juga Ada Rasa Takut,
Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa.
Dia Juga Ada Kelemahan Dan
Dia Juga Perlukan Kawan Sebagai Kekuatan.

Jadilah Kita Kawannya Itu.
Kita Selalu Melihat Dia Ketawa,
Tetapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak Setabah
Yang Kita Sangka.

Disebalik Senyumannya Itu,
Mungkin Banyak Cerita Sedih Yang Ingin Diluahkan,
Disebalik Kesenangannya,
Mungkin Tersimpan Seribu Kekalutan,
Kita Tidak Tahu..
Tetapi Jika Kita Cuba Jadi Sahabat Seperti Dia,
Mungkin Kita Akan Tahu.

____________________________________________________________________

.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..
Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha...
Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu Tidak Sesempurna Rasulullah SAW::.

SAHABAT SEJATI

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

oleh:Haslinda Lukman (http://nickkamal85.blogspot.com)
Tajuk : Kenalilah Erti Persahabatan

Erti Persahabatan

Tarikh: Isnin, 17 Januari 2005 @ 8:56:41
Topik: Umum

Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yang membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.

Tajuk: Erti Persahabatan
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com (http://ukhwah.com/)

Peluk Islam Beberapa Minit Sebelum Meninggal

Kisah ini diceritakan oleh Abdullah Bin Mubarak, seorang ulama hadith di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Semasa aku menunaikan ibadah Haji di Baitullah, ketika berada di Hijir Ismail aku tertidur di tempat itu dan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam mimpiku itu Baginda bersabda,”Apabila kamu pulang ke Baghdad nanti, masuklah ke daerah ini dan temuilah seorang bernama Bahram Al Majusi. Sampaikan salamku padanya dan katakan bahwa Allah telah menyayanginya!.”

Tiba-tiba aku tersedar dari tidurku, lalu membaca : LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYYIL ‘AZIM.Ketika itu aku berkeyakinan bahawa itu adalah impian syaitan. Maka aku segera bewudhuk dan thawaf di sekeliling ka’bah. Kemudian akupun tertidur kembali dan seperti itu lagi. Hal ini berulang sampai tiga kali berturut-turut. Selesai menunaikan rangkaian ibadah haji itu, aku pulang ke Baghdad dan masuk ke sebuah tempat sebagaimana yang diisyaratkan Rasulullah s.a.w dalam mimpiku itu.

Di daerah itu aku berusaha mencari rumah Bahram Al Majusi, dan ternyata dia adalah seorang lelaki yang usianya telah lanjut. Kemudian aku bertanya kepadanya: “Wahai tuan, benarkah tuan ini adalah Bahram Al Majusi?” Bahram: “Benar, silakan duduk dulu. Aku baru saja membahagi-bahagikan pinjaman berbunga kepada orang-orang yang memerlukan. Ya.. inilah pekerjaan yang baik bagiku.” Aku (Abdullah Bin Mubarak): “Tuan, bukan menurut ajaran Nabi pekerjaan macam itu haram hukumnya?!.

Adakah tuan memiliki pekerjaan yang lebih baik selain itu?” Bahram: “Tentu saja ! Aku memiliki empat orang putra dan empat orang putri. Kemudia keempat putriku itu aku kahwinkan dengan keempat putraku.” Aku: “ini juga haram hukumnya,Tuan!

Adakah tuan memiliki amal yang lebih lagi selain itu?” Bahram : “Ada! Ketika aku mengawinkan anak-anakku, aku mengadakan acara walimah dan mengundang orang-orang majusi.” Aku : “Ini juga haram tuan…

Adakah amal baik selain yang itu?” Bahram: “Ya, ada. Disamping keempat pasang anakku yang telah ku kahwinkan itu, aku masih memiliki seorang putri yang sangat cantik. Dialah wanita tercantik yang pernah kulihat di dunia ini. Kerana itu, dia kuambil sebagai isteriku sendiri. Lalu aku mengadakan walimah. Dan dalam walimah itu, aku mengundang seribu orang lebih.” Aku : “wah, Itu malah lebih haram lagi, Tuan.

Tidak ada lagikah yang lainnya?” Bahram : “Ya, ada lagi. Pada suatu malam ketika menggauli anak perempuanku, tiba-tiba datang seorang muslimah. Wanita pemeluk agamamu itu menyalakan sebuah lampu di depan rumahku, maka aku pun menyalakan lampu bilik tidurku. Bila lampu bilik tidurku menyala, tiba-tiba dia memadamkan lampu di depan itu, dan kemudian pergi dengan tiba-tiba. Lalu aku pun memadamkan lampu kamar. Selang beberapa saat, dia datang lagi dan menyalakan lampu di ruang tamu. Kemudian aku pun menyalakan lampu dalam bilikku. Aku berkata dalam hati, “Ini pasti seorang mata-mata dari komplotan pencuri.” Maka ketika dia keluar, aku terus mengikutinya dari belakang. Dia terus memasuki rumahnya sendiri. Aku mengintainya dari luar rumah, nampaknya dia telah ditunggu-tunggu oleh keempat orang anaknya yang semuanya perempuan.

Maka setelah dia masuk, anak-anaknya itu terus menyambutnya seraya berkata; “Wahai ibu, apakah ibu membawakan makanan untuk kami? Kami sudah tak tahan lagi menahan lapar dan haus.” Dan si ibu menjawab; “Anak-anakku, aku merasa malu kepada Tuhanku untuk meminta-minta kepada selain kepadaNya. Apalagi meminta-minta kepada musuh Allah seperti jiran kita yang beragama majusi itu!”

Mendengar kata-kata perempuan itu, aku merasa begitu hiba. Dan aku terus pulang mengambil sebuah bekas yang kupenuhi dengan makanan, lalu ku hantar sendiri ke rumah perempuan tersebut, dan mereka pun nampak begitu gembira.”

Aku : “Hah, inilah, Tuan, yang lebih baik bagimu! Dan ketahuilah, aku membawa khabar gembira untukmu.” Kemudian ku ceritakan semua peristiwa yang terjadi dalam mimpiku itu. Tiba-tiba, tanpa ku duga sama sekali, Bahram Al-Majusi itu mengucapkan ikrar dua kalimat syahadat: ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH WA ASAYHADU ANNA MUHAMMDAN ‘ABDUHU WARRASULUH. Alangkah terkejutnya aku, karena begitu selesai mengucapkan ikrar dua kalimat kalimat syahadat itu, dia langsung tersungkur, dan ternyata telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian dia ku mandikan, ku kafani, dan ku solatkan.”

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Friday, October 7, 2011

Segala Perkataan Nabi Adalah Benar

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata: “Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka? ” Setelah itu aku pun berhenti dan menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: “Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak keluar dari mulutku ini melainkan yang benar. ” (Abu Daud)

Pada permulaan Islam Rasulullah s.a.w. melarang percakapannya ditulis kerana bimbang sahabat keliru di antara hadith dan ayat quran. Namun akhirnya setelah Islam semakin mantap, baginda mengizinkan sahabat menulisnya.

Nabi Muhammad s.a.w. bersifat Siddik iaitu Baginda hanya mengatakan apa yang benar dan tidak memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah.

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya

Hadith tidak bercanggah dengan quran, cuma kadangkala terdapat kesalahan dalam memahaminya. Selain itu terdapat perubahan dalam hadith setelah hukum-hakam Islam dimantapkan. Misalnya dipermulaan Islam dibenarkan bercakap-cakap dalam sembahyang namun akhirnya ia dibatalkan. Dipermulaan Islam, dibenarkan orang yang belum sembahyang boleh bertanya bilangan rakaat kepada orang yang sedang sembahyang dan dibenarkan mereka menjawab pertanyaan itu. Selain itu ada juga hadith yang tidak dibatalkan tetapi ditinggalkan (tidak diamalkan) oleh Rasululllah s.a.w. misalnya bacaan qunut dalam sembahyang Subuh. Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya dibaca qunut kerana hadith tentang qunut tidaklah dibatalkan oleh hadith yang lain.

Hadith menerangkan dan menjelaskan ayat-ayat quran. Misalnya hadith menerangkan cara sembahyang secara terperinci misalnya tentang bacaan tahiyyat, bacaan fatihah dalam sembahyang, sedangkan quran cuma menyebut tentang sujud, rukuk dan membaca apa-apa ayat quran sebagai bacaan dalam sembahyang.


Src : Suraya Harun (Mitco Petronas)

Ikut Quran dan Sunnah Tidak Sesat

Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. ” (Muslim)

Ali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) …..

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).

Src : Suraya Harun (Mitco Petronas)

Thursday, October 6, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok taka da pun. Saya pecahkan handphone ni pun taka da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Src : Suraya Harun ( Mitco Petronas )

Hari Kiamat Telah Hampir

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Al-Anbiya:1)

Kiamat telah hampir kerana Nabi akhir zaman sudah pun diutuskan. Di akhir zaman penguasaan agama ke atas hati manusia semakin lemah. Dalam sebuah hadith disebut:

‘Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mengabaikan solah?’

‘Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia dari umatmu yang mengabaikan solah, mengakhirkan solah (hingga keluar dari waktunya), dan memperturutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solah.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA)

Src : Suraya Harun ( Mitco Petronas )

Tuesday, October 4, 2011

Tips Murah Rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda “Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”. (Riwayat Bukhari).

Dalam hadith yang lain disebut disebut “Siapa yang rezekinya lambat, banyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan. Rasulullah s.a.w bersabda,

“Siapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)

Doakan keampunan kedua ibu-bapa kerana Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan kedua ibubapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya”. (Hadith Riwayat ad-Dailani)

Dalam hadith yang lain disebut disebut “…..banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah,”

Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki.

Src : Suraya Harun (Mitco Petronas)

Seruan Kepada Sekalian Manusia

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk. (Al:A’raf: 158)

Allah s.w.t sangat memanjakan manusia, walaupun manusia itu kafir dan tidak menyembahnya, namun mereka tetap diberi rezeki, makanan dan minuman. Rasulullah s.a.w. pula diutuskan kepada semua manusia dan semua bangsa, samada Arab atau bukan Arab. Baginda disuruh menyampaikan apa yang telah disampaikan kepadanya.

Al-Maidah [67] Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu….

Baginda menyeru isterinya, mengumpulkan ahli keluarganya dan menyeru mereka supaya menyembah Allah dan meninggalkan berhala-berhala hinggakan dimarahi oleh bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab. Abu Lahab menyumpah Baginda, lalu Allah menyumpahnya “Binasalah Abu Lahab dan isterinya”.

Seruan itu adalah supaya beriman kepada Allah, tuhan yang satu dan Raja segala Raja, yang menguasai langit dan bumi.

Ali-Imran [26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,

Al-Anbiyaa [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya…

Ta-Ha [6] Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

Ar-Rad [2]Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya,

Tidak ada tuhan yang sebenar melainkan Allah. Sembahan-sembahan lain seperti jin atau dewa-dewa itu sendiri pun sebenarnya ingin mendampingi Allah, mereka juga takutkan Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya. (Isra: 56)

Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (Isra: 57)

Tanda Allah adalah tuhan ialah dia menghidupkan dan dia juga yang mematikan.

Seruan kepada sekelian manusia agar menyembah Allah ini disampaikan oleh seorang Nabi yang Ummi Oleh itu ikutilah segala aqidah (kepercayaan) dan juga amalannya agar kita mendapat petunjuk.

Src : Suraya Harun (Mitco Petronas)

Tazkirah - Allah Yang Menanggung Rezeki Kita

Hud [6] Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Fikirkan bagaimana Allah menyediakan bekalan ayam dan kambing ke seluruh dunia. Berapa banyak ekor ayam yang disembelih setiap hari bagi menanggung keperluan manusia. Siapakah yang dapat membekalkan jutaan ayam ini ke seluruh dunia setiap hari. Jawabnya tidak lain melainkan Allah jualah yang menanggung rezeki kita ini.

Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam juga ada bersabda : “Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung, dia keluar pada waktu pagi dengan perut yang kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang.

Src : Suraya Harun (Mitco Petronas)