Wednesday, June 29, 2011

Tuduhan Yang Sangat Berat Terhadap Allah

Maryam [90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. [92] Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak….

At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

As-Saffat [149] (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak-anak lelaki?

Al-Anam [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Allah swt tidak perlukan anak. Tidak seperti dakwaan Yahudi, Kristian dan kafir Quraisy itu. Hanya manusia yang perlukan anak untuk menyambung keturunan mereka. Tetapi Allah itu tuhan yang awal dan dialah yang akhir, tidak mati, tidak mengantuk dan tidak tidur. Jadi untuk apa Allah perlukan anak. Lagipun jika benar Nabi Isa atau Nabi Uzair itu anak tuhan mengapa mereka dijadikan dalam bentuk manusia yang perlu makan dan minum, sepatutnya sifat anak tuhan itu sama dengan bapanya. Seperti kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Jika malaikat itu anak perempuan Allah (kata kafir Quraisy), adilkah mereka hanya memberikan anak perempuan kepada Allah dan anak lelaki milik mereka.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment