Tuesday, January 25, 2011

Kelebihan Berzakat

Dalam Islam, antara dua ibadat yang sangat dititik-beratkan ialah sembahyang dan zakat. Sembahyang ialah hubungan peribadi dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas).

Zakat ialah sedekah yang wajib dan kadarnya cuma 2.5 peratus sahaja. Namun zakat hanya dapat dikeluarkan oleh orang yang takut kepada Allah. Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa; [18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

Zakat dapat membersihkan harta. Namun hanya harta yang diperolehi secara halal sahaja dapat dibersihkan. Ia hendaklah diberi kepada golongan yang disebut 8 asnaf seperti fakir,miskin, muallaf, dan lain-lain. Dalam mazhab Syafie, zakat mesti diberi kepada setiap satu dari 3 golongan iaitu fakir, miskin, muallaf. Dalam mazhab Hanafi pula tidak semestinya dan boleh diberi kepada salah satu dari 3 golongan. Dalam mazhab Syafie zakat hanya boleh diberi kepada mereka yang tidak meninggalkan sembahyang, manakala mazhab Hanafi pula tidak kisah samada penerima zakat sembahyang atau tidak.

Dari Umar al-Khattab r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak binasa sesuatu harta benda, sama ada di darat atau di laut, melainkan disebabkan harta itu tidak dikeluarkan zakatnya.” (Riwayat Tabrani)

Src: Suraya Jarun (Mitco Petronas)

Sunday, January 23, 2011

Beristiqamahlah Dalam Beramal

Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahwa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Beristiqamahlah iaitu tetapkanlah pendirian dan amalan. Sebaik-baik amalan yang istiqamah adalah sembahyang yang berterusan. Kerjakanlah sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhu walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi lakukanlah secara berterusan.Sembahyang sunat itu dapat menampal kekurangan yang terdapat dalam sembahyang fardhu.

Hanya mukmin yang berkedudukan tinggi dapat istiqamah dalam memelihara wudhu’nya. Mereka ini akan mengulangi wudhu’ sekiranya terbatal dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w. berkata “Aku ada masa aku untuk tuhanku”. Oleh itu peruntukkanlah masa yang khusus untuk berhubungan dengan Allah secara peribadi. Buatlah amalan atau wirid harian yang tetap walaupun sedikit, misalnya 10 minit setiap hari untuk berzikir atau istigfar kepada Allah. atau zikir “Laila ha illallah” 100 kali setiap sehari. Isilah masa dengan jadual atau program zikir supaya masa tidak terbuang begitu saja walaupun sedikit.

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Kisah Tsaalabah Yang Tidak Membayar Zakat

Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat bernama Abu Tsaalabah yang hidup dalam keadaan miskin, tetapi terkenal sebagai seorang cukup taat mengerjakan sembahyang berjemaah bersama nabi serta sahabat. Nabi Muhammad SAW hairan kerana Abu Saalabah selalu balik cepat selepas selesai jemaah. Pada suatu hari Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya: “Wahai Tsaalabah, mengapa aku lihat engkau selalu terburu-buru pulang ke rumah.” Maka Saalabah pun menjawab: “Wahai Rasulullah, sebenarnya hamba ini seorang yang sangat miskin, kebetulan hanya inilah saja sehelai kain yang hamba miliki, oleh itu hamba tidak sempat untuk menunggu lama, sebab kain ini jugalah yang hendak dipakai oleh isteri hamba yang kini sedang menunggu untuk bersembahyang di rumah.

Pada suatu hari, Tsaalabah merayu, supaya Baginda mendoakan baginya semoga Allah Ta’ala memberinya harta kekayaan sehingga ia senang dan mewah. Mendengar permintaannya itu, Baginda menyuruhnya bersyukur dengan apa yang ada, kerana mungkin ia akan menyeleweng dan lupa daratan setelah ia menjadi kaya raya. Tsaalabah merayu lagi kepada Baginda sambil bersumpah, bahawa ia akan mengeluarkan sebahagian dan hartanya untuk membantu fakir miskin dan orang-orang yang berhak mendapat bantuan. Akhirnya Baginda berdoa ke hadrat Ilahi semoga Tha’labah diberi kemewahan sehingga ia menjadi seorang hartawan. Baginda memberinya 2 ekor kambing untuk dibela, lalu berkembang biaklah kambingnya itu sehingga dia terpaksa berpindah ke luar bandar Madinah kerana banyaknya kambing yang dibela dan kawasan ladang ternakannya sudah tidak mencukupi.

Pada ketika itu turun perintah Allah Taala mengenai zakat, lalu baginda mengutuskan dua orang pegawainya memungut zakat dengan membawa surat Baginda yang menerangkan jenis-jenis harta benda yang diwajibkan zakatnya. Mereka juga diperintahkan supaya singgah ke tempat Tsalabah mengambil zakat binatang ternaknya dan mengambil zakat dari seorang lagi yang tinggal tidak jauh dari situ. Setibanya mereka ke tempat Tsaalabah dan setelah mereka mengenalkan diri sebagai pemungut zakat dan membacakan surat Baginda kepadanya. Tsaalabah berbuat-buat tidak faham sambil merungut dengan mengatakan bahawa zakat yang dikenakan itu sama sahaja dengan cukai kepala jizyah, kemudian Tha’labah meminta mereka datang sekali lagi ke tempatnya sekembalinya mereka dari tempat lain.

Sekembalinya mereka singgah sekali lagi untuk memungut zakat dari Tsaalabah. Tsaalabah masih juga berdalih dan akhirnya dia meminta mereka pergi kerana dia hendak berfikir dahulu. Kembalilah mereka ke Madinah membawa zakat yang telah dipungut dan juga membawa berita Tsaalabah yang enggan membayar zakatnya. Sebaik-baik sahaja Rasulullah s.a.w melihat ketibaan ‘amil-’amilnya itu dan sebelum Baginda bertanya mereka, kedengaran Baginda menyebut bahawa Tsaalabah akan menerima balasan yang seburuk-buruknya.

Setelah Tsaalabah diberitahu oleh seorang sahabatnya tentang perkara itu, gementarlah dia lalu pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk memohon maaf dan memohon hendak membayar zakatnya. Tetapi permohonannya ditolak oleh Baginda dengan bersabda: “Aku dilarang oleh Allah Taala menerima zakatmu”.

Tinggallah Tsaalabah dalam keadaan sesal dan merana, Ia menyesal atas apa yang dilakukannya. Dia berguling-guling di atas tanah sebagai tanda penyesalan, tetapi sesal kemudian tidak berguna, tinggallah dia sebagai seorang yang dimurkai sehinggalah Rasulullah s.a.w. wafat. Zakatnya juga telah ditolak oleh Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Uthman r.a. dalam zaman pemerintahan masing-masing. Mereka tidak mahu menerima zakat daripada Tsaalabah kerana Rasulullah s.a.w. juga tidak menerima zakatnya. Demikianlah halnya sehinggalah ia mati dalam zaman Saiyidina Uthman r.a., dan kambing-kambing juga turut mati.

Monday, January 10, 2011

Orang yang Paling Dikasihi Rasulullah

Orang yang paling aku kasihi di kalangan umatku ialah orang-orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku (walaupun dengan mengorbankan) keluarganya dan hartanya. [HR Muslim]

Orang ini mempunyai keinginan dan cita-cita untuk berkhidmat pada Rasulullah s.a.w. dalam membantu menyebarkan walaupun tidak pernah melihatnya, berbanding para sahabat Baginda. Mereka sanggup berkorban untuk Rasulullah s.a.w. walaupun tidak mereka sebangsa atau sezaman dengannya.

Hadith Dari Ibnu Abas r.a. diriwayatkan, bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Apakah kamu mengetahui, siapa yang paling mengagumkan (tinggi) imannya?”

Para sahabat menjawab, “Imannya para malaikat, ya Rasulullah.”

Beliau bersabda, “Bagaimana para malaikat tidak beriman sedang mereka itu menyaksikan perkaranya.”

Para sahabat berkata, “Para Nabi, ya Rasulullah.”

Rasulullah Saw bersabda, “Bagaimana para Nabi tidak beriman sedang malaikat datang dari langit membawa wahyu.”

Para sahabat berkata, “Sahabat-sahabatmu, Ya Rasulullah. “ Rasulullah Saw bersabda,

“Bagaimana para sahabatku tidak beriman sedang mereka menyaksikan mukjizat dariku dan aku memberitahu mereka tentang wahyu yang diturunkan kepadaku.”

Akan tetapi yang paling mengagumkan imannya ialah orang-orang yang datang sesudah wafatku dan beriman kepadaku sedang mereka tidak melihat dan membenarkanku, mereka itulah saudara-saudaraku.”

Src: Suraya Haru (MITCO Petronas)

Thursday, January 6, 2011

Tazkirah: Kisah Syaitan Mengajar Abu Hurairah Ayat Kursi

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun Abu Hurairah berjaya menangkapnya. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, sehingga dia merayu : “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”Maka pencuri itu pun dilepaskan.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : “Apa yang dilakukan kepada tetamu semalam, ya Abu Hurairah?” Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramau dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

“Dia berbohong ” kata Nabi Muhammad s.a.w.: “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”

Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketatkan, dan kewaspadaan pun dipertingkatkan.

Dan, benar sekali pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap. “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.,” ugut Abu Hurairah, sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.?

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya,” pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”

“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.” Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah. “Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah. “Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad s.a.w.