Saturday, June 2, 2012

Hutang Penghalang untuk Masuk Syurga

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-

Maksudnya : Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala supaya terhindar dari berhutang. Doa baginda itu :- Ertinya : Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :- Maksudnya :

Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:- Maksudnya :

Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia.

Sumber dari Jabatan Hal Ehwal Masjid Brunei http://www.masjid. gov.bn/teks_ khutbah/1424/ Muharram/ 11.htm

HUTANG PENGHALANG UNTUK MASUK SYURGA

“Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.”(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.)

Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud:

“(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.”(Riwayat Al-Imam Ahmad).

Sumber dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei

0 comments:

Post a Comment