Saturday, May 12, 2012

KEPANASAN NERAKA

Telah tersebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Kepanasan api kamu (di dunia ini) adalah sebahagian dari 70 bahagian dari kepanasan api neraka, berkata sahabat Baginda Mulia, wahai Rasulullah jika (kepanasan api neraka itu) sama dengan kepanasan api (di dunia) ini pun sudah cukup, jawab Baginda Mulia telah dilipat gandakan lebih kepanasannya dari api (di dunia) ini sebanyak 69 kali ganda lagi.” (HR Bukhari dan Mishkat). Neraka dibelenggukan di hari kiamat Dari Ibn Masud (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Dibawakan kehadapan akan Neraka (Jahannam) pada hari Kiamat dengan dibelenggukan dengan 70 ribu belenggu (besi) dan ia ditarik oleh 70 ribu Malaikat (as) pada satu-satu rantai belenggu.” (HR Muslim dan Mishkat) Ulasannya (1) Pada satu rantai belengguan neraka akan ditarik oleh 70 ribu malaikat (as), maka jumlah malaikat yang menarik neraka dengan belengguan sebanyak 70 ribu itu ialah 4,900,000,000. (2) Neraka kesemuanya ada 7 buah, dan tiap-tiap buah adalah lebih besar dari dunia ini. Keadaan Neraka pada hari Kiamat (1) Neraka adalah salah satu makhluk Allah (swt) yang besar, dan tidak ada siapa pun yang mengetahui tentang bilangan makhluknya yang akan dimasukkan ke dalamnya melainkan Allah (swt) sahaja. (2) Makhluk Allah (swt) pula terlalu ramai, sama ada yang berada di dunia ini, atau di langit, atau di neraka, syurganya, arasynya atau di mana-mana sahaja melainkan Allah (swt) sahaja yang mengetahuinya. Begitu juga yang tidak hidup secara kasar selain dari manusia, binatang dan lain-lain lagi, contohnya seperti pasir, bukit, pokok kayu, batu, tanah liat, (berapa jenis), berapa banyak, tiada juga diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah (swt) sahaja, atau orang yang telah diberitahu olehnya. (3) Angka bilangan yang telah dicipta oleh akal manusia yang cetek dari dulu sampai sekarang, tidak mampu membilang bilangan pasir apatah lagi dengan pasir di sebuah sungai, di tepi pantai dalam satu-satu lautan yang berselerak di serata dunia ini, pendek kata makhluk Allah (swt) hanya beliau sahaja mengetahui bilangannya. (4) Kehadiran makhluknya yang dimukallaf seperti manusia dan jin, atau tidak dimukallafkan seperti binatang di padang Mahsyar, manusia dan jin yang mana sebahagian besar mereka itu adalah tidak beriman kepada agama Allah (swt) di dunia dulu, dan mereka ini adalah menjadi habuan yang telah ditetapkan baginya (neraka), dengan itu membuatkan neraka yang hidup itu dapat mengesan kehadiran mangsa-mangsanya itu di padang Mahsyar, maka ia telah naik berang, ia mengamuk, sehingga tidak terkawal oleh malaikat yang menjaganya, hanya Allah (swt) sahaja yang dapat mententeram dan mengawalnya. Firman Allah (swt) berhubung dengan amukannya (neraka) yang mafhumnya; “Hampir Neraka itu pecah kerana kemarahannya.” ( al-Mulk ayat 8 ).

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

0 comments:

Post a Comment