Friday, July 1, 2011

Jemaah Subuh dan Isyak Walaupun Terpaksa Merangkak

Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.

Kelebihan itu tiada siapapun yang tahu kerana ia telah dirahsiakan Allah:

Sajadah [17] Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

“Dan sembahyang Isyak itu attammah. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, maka Allah haramkan daripadanya terkena api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath (siratulmustakim).”

Rasulullah s.a.w. juga berdoa agar diberikan cahaya:

” Dari Ibn Abbas ra berkata : Diantara Doa Nabi saw : “Wahai Allah jadikanlah pada hatiku cahaya, dan pada penglihatanku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya, dan dikananku cahaya, dan dikiriku cahaya, dan diatasku cahaya, dan dibawahku cahaya, dan didepanku cahaya, dan dibelakangku cahaya, dan jadikan untukku cahaya”. ( Shahih Al Bukhari )

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Hati Lebih Keras Daripada Batu, Batu Pun Takutkan Allah

Baqarah [74] Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Ada pihak mempertikaikan ayat ini dengan mengatakan bagaimana batu boleh takut sedangkan ia tidak hidup. Hanya sesuatu yang hidup mempunyai perasaan seperti takut dan sebagainya. Kajian saintis mendapati batu juga sebenarnya hidup, misalnya saiz batu karang juga didapati membesar.

Hati manusia adakalanya lebih keras daripada batu, sedangkan batu pun takut kepada Allah tetapi manusia ada yang tidak takut kepada Allah.


Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Syaitan Sebenarnya Takutkan Allah

Anfal [48] Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada allah dan allah sangat berat azab seksaNya.

Hashr [16] (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Isteri Boleh Jadi Musuh Suami

At-Taghabun [14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Isteri adalah orang yang paling rapat dengan suami. Mereka tahu segala rahsia dan perangai sebenar suami kerana mereka duduk bangun dan tidur bersama. Suami pula menanggung segala dosa isteri (yang diketahuinya). Sekiranya mereka tidak menegur kesalahan isteri, maka merekalah yang menanggung dosanya.

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,

Suami jugalah yang menanggung kifarah, misalnya dalam kes persetubuhan di bulan Ramadhan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?

Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.

Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba?

Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?

Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin?

Lelaki itu menjawab: Tidak.

Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini.

Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.

Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri” [Bukhari-Muslim].

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Berilah Hak Mata

Abu Said al-Khudri r.a. menyampaikan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Berilah hak matamu di bidang ibadat!” Sahabat bertanya: “Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya.”

Gunalah mata dengan sebaiknya dalam beribadat. Ada 3 perkara yang “tengok sahaja pun dah dapat pahala“: 1. Tengok (melihat atau memandang) Kaabah (Baitullah). 2. Tengok (melihat atau memandang) wajah ibubapa. Apalagi kalau buat baik kepada mereka. 3. Tengok (melihat atau memandang) ayat-ayat Quran yang mulia. Apalagi kalau dibaca dan diamalkan. Selain

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada orang yang berhaji ke rumah Allah yang suci: 60 rahmat untuk yang bertawaf, 40 untuk yang sembahyang, dan 20 rahmat untuk yang memandangnya (Kaabah) (hadits hasan riwayat Baihaqi).

Selain itu berilah hak kepada mata untuk berehat dengan tidur yang secukupnya. Dalam sebuah kisah, Rasulullah pernah menegur tiga orang sahabat yang melakukan ibadat. Pemuda pertama mahu terus bersembahyang sepanjang malam di masjid tidak mahu tidur, seorang lagi ingin terus berpuasa tanpa henti dan seorang lagi tidak mahu berkahwin.

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Demi Allah, sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah dan aku lebih taqwa, tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka dan aku juga berkahwin dan memiliki keluarga. Ini adalah sunnahku dan sesiapa yang tidak mengikut sunnahku dia bukan dari kalanganku”


Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Matahari Minta Izin Untuk Terbit

Dari Abu Dzar ra. berkata: “Nabi SAW berkata kepadaku ketika matahari terbenam: Tahukah kamu, kemanakah matahari itu pergi?. Saya menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau bersabda: Sesungguhnya matahari itu pergi sambil sujud di bawah Arsy, lalu ia minta izin dan diberi izin dan dikatakan kepadanya: Kembalilah ke tempat kamu datang kepada-Ku. Lalu ia terbit dari tempat terbenamnya (barat).

Tanda kiamat: “Sesungguhnya tanda yang pertama ialah terbitnya matahari dari barat atau binatang Daabah, yang satu dibelakang yang lain, kemudian Nabi menerangkan: yang demikian itu, bahwa tiap matahari terbenam, ia sujud di bawah Arsy, kemudian minta izin untuk terbit, lalu tidak diizinkan hingga bila Allah menghendaki terbit dari barat. Maka ketika ia sujud di bawah Arsy lalu minta izin untuk terbit, tidak diizinkan, kemudian minta izin lagi, juga tidak diizinkan, sehingga ia merasa umpama diizinkan sudah tidak akan sampai ke ujung timur (tempat terbitnya) lalu ia berkata: Ya tuhan alangkah jauhku dari manusia. Dan ketika pada malam hari ia kembali minta izin, lalu diperintahkan: Terbitlah dari tempatmu.” (HR. Abu Laits dg sanad dari Abu Zar’ah dari Amr mendengar cerita dari Marwah tentang tanda-tanda kiamat).

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)

Wednesday, June 29, 2011

Jangan Salahkan Masa

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: “Anak Adam menyakiti Ku mereka mencela masa, sedangkan Aku adalah pemilik masa dan Akulah yang mengatur malam dan siang (Riwayat Bukhari Muslim)

Janganlah menyalahkan masa atau zaman, mislanya dengan mengatakan “susahlah hidup zaman sekarang”. Allah yang mencipta dan memutarkan masa mengikut perjalanan matahari dan bulan. Ibadat seperti sembahyang dikira mengikut perjalanan matahari. Ibadat lain seperti haji, zakat dan puasa pula dikira mengikut perjalanan bulan.

Al-Anam [96]…dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya)…

Src: Suraya Harun (Mitco Petronas)